KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak 225 mata asas dan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Jumaat, susulan pengeluaran data ekonomi AS yang bercampur-campur serta jangkaan pelabur terhadap penurunan kadar faedah berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS awal minggu ini.
Pada 9 pagi, ringgit dibuka pada 4.7310/7380 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan berterusan hasil Perbendaharaan AS sejak mesyuarat FOMC minggu ini menunjukkan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah adalah semakin besar.
"Hasil Perbendaharaan AS berjangka dua tahun merosot sembilan mata asas kepada 4.87 peratus kerana sekuriti bertempoh singkat adalah yang paling sensitif dengan Kadar Dana Fed," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata oleh yang demikian, Indeks Dolar AS susut 0.43 peratus kepada 105.499 mata.
"Justeru, ringgit dan mata wang negara yang sedang pesat membangun lain mungkin terus mengalami kenaikan semula hari ini," katanya kepada Bernama.
Mengenai data ekonomi AS, beliau berkata pelabur sedang meneliti siri data ekonomi yang dikeluarkan negara itu dan mereka menunggu data gaji bukan ladang dan data pengangguran dikeluarkan sebelum membuat keputusan pelaburan seterusnya.
"Sektor pembuatan AS mengalami penguncupan pada April, dengan Indeks Pengurus Pembelian IPP) Pembuatan ISM susut kepada 49.2 daripada 50.3 yang direkodkan pada Mac.
"Data penawaran Pekerjaan AS juga susut kepada paras terendah dalam tempoh tiga tahun pada Mac, dan bilangan orang yang meninggalkan pekerjaan mereka menurun, menunjukkan permintaan buruh yang perlahan," katanya.
Mohd Afzanizam berkata namun, Tuntutan Pengangguran AS masih kekal berdaya tahan dan laporan oleh Automatic Data Processing (ADP) menunjukkan pekerjaan sektor swasta di AS meningkat sebanyak 192,000 pekerjaan, yang melebihi jangkaan," katanya.
Pada pembukaan, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 5.0768/0843 daripada 5.0877/0898 semalam, dan tinggi berbanding pound British kepada 5.9341/9429 daripada 5.9490/9515.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.0877/0927 daripada 3.0614/0629 ketika ditutup pada Khamis.
Pada masa sama, mata wang domestik diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8420/8680 daripada 12.8615/8729 ketika ditutup pada Khamis, dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4949/5006 daripada 3.4970/4987.
Unit domestik lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 292.2/292.8 daripada 293.6/293.9 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.23/8.25 daripada 8.26/8.27.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Pada 9 pagi, ringgit dibuka pada 4.7310/7380 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Leka layan pelanggan, 12 GRO warga Vietnam antara 33 ditahan Imigresen
Mereka ditahan dalam serbuan di tiga premis iaitu pusat hiburan, restoran dan perniagaan menerusi Ops Gegar, Ops Selera dan Ops Minyak.
Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam'
Kebanyakan wanita yang bekerja dalam bidang profesional menjadi sasaran penipuan ini kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Polis minta bantuan kesan Durratun Hamizah
Menerusi kenyataan Polis Daerah Ipoh pada Khamis, alamat terakhirnya di No 10, Jalan Palma C11, Bandar Seri Botani, Ipoh.
Lebih 70,000 wanita di Malaysia terima suntikan vaksin HPV
Jumlah itu dilihat memberangsangkan dan ia hasil kerja keras warga NCSM bersama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Perak.
SK Taman Agropolitan Gua Musang dijangka siap Januari 2025 - Ahmad Maslan
Projek yang bermula pada 27 Julai 2022 itu, kini 40 peratus siap dan sedang dalam fasa pemasangan struktur IBS untuk bangunan utama sekolah.
Rakyat Negeri Sembilan diminta terus kibar Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan
Katanya pengibaran Jalur Gemilang perlu dilihat sebagai cerminan jati diri selain menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.
Malaysia berpotensi raih pasaran ekonomi penjagaan bernilai US$25.5 bilion - Hanifah Hajar
Ekonomi Penjagaan sedang mengalami pertumbuhan yang besar di rantau Asia Tenggara dengan Malaysia berpotensi meraih pasaran bernilai kira-kira US$25.5 bilion daripada industri tersebut.
Kerajaan peruntuk RM1 juta bantu 200 usahawan veteran ATM
Setakat ini 96 usahawan veteran ATM telah dibantu dengan setiap penerima menerima bantuan wang tunai RM5,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Pegangan asing bon Malaysia cecah RM279.1 bilion pada Julai - MIDF Amanah
Pegangan asing ke atas bon Malaysia meningkat kepada RM279.1 bilion pada Julai 2024 daripada RM271.3 bilion pada Jun 2024, menjadi jumlah tertinggi dalam tempoh sejak November 2023.
Peningkatan kes baharu dadah sebabkan kesesakan penjara
Jabatan Penjara mendedahkan berlaku kesesakan penjara di seluruh negara berikutan peningkatan kes baharu melibatkan dadah.
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan
Pada 6 petang, ringgit mengukuh ke paras 4.4945/4995 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5675/5710 semalam.
Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi dalam setahun
Perkembangan itu sebagai reaksi pasaran yang positif terhadap kenyataan terbaharu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.
Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63
Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mengakhiri urus niaga di paras 4.63 pada Isnin.
Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi
Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun.
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini
Ia susulan kepada potensi Fed menurunkan kadar faedahnya dan BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.