KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memandangkan pasaran memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Januari 2024 untuk melihat apa yang berlaku pada mesyuarat dasar pertama untuk tahun ini, kata AmBank Group.
Pada 6 petang, kadar pertukaran ringgit/dolar AS berada pada 4.7750/7795, tidak berubah berbanding semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AmBank dalam nota penyelidikan ekonomi berkata hasil daripada mesyuarat FOMC itu akan menentukan sentimen untuk tempoh yang masih berbaki tahun ini.
"Bagaimanapun, kurangnya panduan yang jelas mengenai prospek penurunan kadar menyokong Indeks Dolar AS. Minit mesyuarat FOMC pada Januari menunjukkan penggubal dasar agak berhati-hati untuk menurunkan kadar dengan terlalu cepat," katanya.
Semasa ditutup hari ini, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.1696/1728 daripada 3.1677/1709 pada Jumaat lepas, susut berbanding pound Britain kepada 6.0552/0609 daripada 6.0437/0494 sebelum ini, dan berkurangan berbanding euro kepada 5.1756/1805 daripada 5.1656/1705.
Sementara itu, prestasi ringgit bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.
Ia menyusut berbanding baht Thailand kepada 13.3190/3375 daripada 13.2198/2381 pada Jumaat lepas dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5523/5559 berbanding 3.5489/5525 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.51/8.52 daripada 8.54/8.55 semasa ditutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 305.4/305.9 daripada 306.1/306.5 pada akhir minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Pada 6 petang, kadar pertukaran ringgit/dolar AS berada pada 4.7750/7795, tidak berubah berbanding semasa ditutup pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan/REUTERS
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Ringgit ditutup pada paras paling tinggi dalam tempoh 16 bulan
Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.4170/4235 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 ketika ditutup pada Selasa.
China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis
Tan berkata, China bakal memperkenalkan dasar agresif bagi memperkukuh ekonominya sejajar perkembangan terkini di negara itu.
Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.
Pengukuhan ringgit berterusan bagi hari ke-10, tertinggi dalam 14 bulan
Pada 6 petang, ringgit mengukuh ke paras 4.4945/4995 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5675/5710 semalam.
Ringgit ditutup cecah 4.5675, paras tertinggi dalam setahun
Perkembangan itu sebagai reaksi pasaran yang positif terhadap kenyataan terbaharu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS.
Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63
Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mengakhiri urus niaga di paras 4.63 pada Isnin.
Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi
Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun.
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini
Ia susulan kepada potensi Fed menurunkan kadar faedahnya dan BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.