Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan prestasi mata wang serantau di pasaran pesat membangun berikutan hubungan Washington dengan Beijing kembali tegang.
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.3610/3690 berbanding mata wang negara maju itu, daripada 4.3400/3480 ketika ditutup semalam.
Penganalisis berkata ketegangan baru AS-China itu akan menjejaskan perdagangan antara negara-negara selain situasi semasa akibat wabak COVID-19 mengakibatkan Malaysia dan pasaran pesat membangun lain bergelut dengan ketidaktentuan.
"Malaysia berada dalam kedudukan mudah terjejas sekiranya ketegangan itu berterusan memandangkan ekonomi ini menghadapi impak ketara ketika krisis perdagangan tersebut bermula. Selain itu pandemik global masih berlarutan begitu juga turun naik harga minyak mentah. Semua ini boleh melemahkan lagi ringgit," katanya.
Bloomberg melaporkan China mengulangi komitmennya untuk melaksanakan fasa pertama perjanjian perdagangan dengan AS namun COVID-19 mengganggu perkembangan itu sekali gus wujud ketegangan di antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu.
"Kami akan berusaha dengan AS untuk melaksanakan fasa satu ekonomi China-AS dan perjanjian perdagangan.
"China akan terus meningkatkan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan negara lain untuk memberi manfaat bersama," kata Perdana Menteri China, Li Keqiang pada perhimpunan tahunan para ahli kongresnya di Beijing hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas Presiden AS Donald Trump, menerusi beberapa ciapannya di laman Twitter semalam, mendakwa Presiden China, Xi Jinping merupakan individu di sebalik serangan 'maklumat palsu dan propaganda' ke atas AS dan Eropah, mengakibatkan perjanjian perdagangan yang dimeterai pada pertengahan Januari itu berdepan risiko menemui kegagalan.
Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0638/0698 daripada 3.0650/0713 ketika ditutup semalam, namun susut berbanding yen Jepun kepada 4.0567/0653 daripada 4.0256/0341.
Mata wang tempatan juga tidak berubah berbanding euro pada 4.7562/7667 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3078/3118 daripada 5.3061/3180.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 22 2020
Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama. - Gambar fail
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
60 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas Black Hawk-American Airlines
Ketua Bomba Washington, John Donnelly dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, setakat ini 28 mayat telah ditemui.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.
Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan
Pentadbiran Trump menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.
Jet pejuang F-35 terhempas di Alaska, juruterbang selamat - Laporan
Sebuah jet pejuang F-35 milik Tentera Udara Amerika Syarikat terhempas pada Selasa di Pangkalan Tentera Udara Eielson, Alaska.
Boeing lapor kerugian besar pada suku keempat
Gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat Boeing Co, melaporkan kerugian yang semakin besar pada suku keempat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico
Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.
Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.