KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini disebabkan kekurangan permintaan kerana Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) terus mengukuh, kata seorang ahli ekonomi.
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7390/7440 berbanding dolar US daripada 4.7375/7400 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY bertambah kukuh hari ini sebanyak 0.19 peratus kepada 105.616 mata.
"Sehubungan itu, mata wang serantau lain seperti dolar Singapura, baht Thailand dan peso Filipina menyusut nilai berbanding dolar US masing-masing sebanyak 0.13 peratus, 0.38 peratus dan 0.25 peratus. Dolar US/ringgit turut susut nilai sebanyak 0.18 peratus kepada RM4.7472," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sentimen kenaikan harga dolar US masih belum reda walaupun laporan pekerjaan lebih lemah daripada jangkaan pada Jumaat lepas.
"Komen daripada pegawai-pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS yang pelbagai boleh menyebabkan pasaran pertukaran asing condong kepada pihak konservatif berhubung pendirian dasar monetari Fed yang membawa inflasi ke arah dua peratus," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata hasil Perbendaharaan AS meneruskan peningkatan selepas laporan pekerjaan AS yang kurang memberangsangkan pada bulan April, lazimnya ia adalah baik untuk ringgit.
Bagaimanapun, DXY telah stabil sekitar paras 105.
"Peniaga pertukaran mata wang asing sudah pun melihat ke hadapan kepada data inflasi minggu depan yang berpotensi membentuk pergerakan arah seterusnya dolar.
"Ini boleh mewujudkan pelbagai persekitaran perdagangan atau malah mencetuskan lebih banyak kelemahan bergantung pada FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang memacu aliran masuk modal hari ini untuk menyokong ringgit," katanya.
Pada penutupan, ringgi diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0495/0530 daripada 3.0646/0664 ketika ditutup pada Selasa, naik berbanding pound Britain kepada 5.9209/9272 daripada 5.9385/9416 sebelumnya dan melonjak berbanding euro kepada 5.0954/1007 daripada 5.0971/0998 sebelumnya.
Ringgit meningkat berbanding mata wang ASEAN kecuali rupiah Indonesia.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8188/8383 daripada 12.8332/8459 ketika ditutup pada Selasa, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4956/4996 daripada 3.4989/5010 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 8.26/8.27 daripada 8.27/8.28 sebelumnya.
Unit tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 295.2/295.7 daripada 295.2/295.5 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

Pada penutupan, ringgi diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain. - Gambar fail/Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.

Ringgit dibuka tinggi berikutan indeks dolar AS merosot
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5080/5145 berbanding dolar AS daripada 4.5090/5135 semalam.

Ringgit akhiri kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit merosot daripada kenaikan sebelum ini untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat semula.

Ringgit teruskan momentum kukuh, naik kepada 4.42 berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan momentum kenaikan dari minggu lepas untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah kelemahan Indeks Dolar AS (DXY).

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit tutun kepada 4.7390/7440 berbanding dolar US daripada 4.7375/7400 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7025/7080 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7350 semasa ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka rendah, indeks dolar AS mengukuh
Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada paras 4.6705/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6665/6700 penutup semalam.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut 75 mata asas (bps) kepada 4.1720/1755 berbanding 4.1645/1680 ketika urus niaga ditutup semalam.