KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika pada Rabu berikutan data sentimen pengguna yang optimistik di Amerika Syarikat (AS), ditambah dengan kenaikan hasil bon Perbendaharaan 10 tahun AS serta kebimbangan baharu mengenai kadar faedah AS akan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7030/7060 berbanding dolar AS 4.6890/6910 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menyusut berbanding dolar AS selepas berlegar sekitar RM4.69 dalam dua hari lepas, dengan Indeks Dolar AS (DXY) naik sebanyak 0.14 peratus kepada 104.76 mata.
"Pasaran dilihat sedang fokus kepada data indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) yang akan dikeluarkan pada Jumaat bagi mendapatkan petunjuk baharu prospek kadar faedah AS.
"Pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS pula pada masa yang sama menjangkakan kadar faedah akan kekal tinggi dan ini akan menyokong dolar AS," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata lewat malam ini, Laporan Fed Beige akan diterbitkan, yang akan memberikan gambaran keseluruhan keadaan ekonomi AS berdasarkan pertemuan dengan peniaga-peniaga utama, ahli ekonomi, pakar dalam pasaran dan sumber-sumber lain.
"Laporan itu akan memberi lebih banyak pencerahan tentang keadaan ekonomi AS untuk peniaga menentukan hala tuju pasaran," katanya.
Sementara itu, keyakinan pengguna AS secara tidak dijangka meningkat pada Mei selepas merosot selama tiga bulan berturut-turut.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.
Mata wang tempatan itu turun berbanding yen Jepun kepada 2.9923/9944 daripada 2.9876/9890 ketika ditutup pada Selasa, susut berbanding euro kepada 5.1032/1065 daripada 5.1002/1024 dan merosot berbanding pound Britain kepada 6.0010/0049 daripada 5.9897/9923 semalam.
Prestasi ringgit bagaimanapun tinggi berbanding mata wang rakan Asean.
Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7938/8068 daripada 12.7975/8089 ketika ditutup pada Selasa, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 290.9/291.3 daripada 291.3/291.6 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.05 daripada 8.09/8.10.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4850/4875 daripada 3.4785/4802 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama yang lain. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7030/7060 berbanding dolar AS 4.6890/6910 ketika ditutup semalam.