KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan dalam julat kecil dan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini ketika peserta pasaran lebih berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) pada 21-22 Mac ini, kata ahli ekonomi.
Ringgit mengukuh sedikit kepada 4.4830/4885 berbanding dolar AS daripada 4.4850/4880 pada Jumaat lepas.
Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata rata-rata peserta pasaran masih menumpukan hasil mesyuarat FOMC itu walaupun kebimbangan mengenai kemelut perbankan mereda selepas UBS bersetuju membeli saingannya yang bermasalah, Credit Suisse.
"Kami berpendapat pasaran berbelah bahagi sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meneruskan pendirian yang cenderung terhadap kenaikan kadar faedah susulan insiden bank yang lumpuh di negara itu.
"Namun, perkembangan ini sebaliknya adalah positif untuk ringgit kerana pasaran niaga hadapan dana Fed telah menerima pengurangan kadar pada separuh kedua 2023.
"Oleh itu, ringgit agak bertahan buat masa ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata penurunan hasil benar adalah baik untuk mata wang negara sedang pesat membangun dengan pertukaran asing Asia (forex) seperti yang berlaku sebelum ini, menjadi penerima manfaat terbesar.
"Penyusutan hasil itu kekal menjadi tarikan bagi mata wang negara sedang pesat membangun, terutama ringgit yang mempunyai kaitan kuat dengan penggunaan domestik China yang positif," katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.4177/4224 daripada 3.3679/3704 sebelum ini, rendah berbanding pound Britain kepada 5.4657/4724 daripada 5.4390/4426 dan turun berbanding euro kepada 4.7843/7901 daripada 4.7743/7775.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang Asean iaitu susut berbanding baht Thailand kepada 13.1408/1631 daripada 13.0987/1151 pada Jumaat lepas.
Ia juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3408/3454 daripada 3.3393/3418 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.19/8.20 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia pada 291.80/292.30 daripada 292.20/292.60 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Ringgit mengukuh sedikit kepada 4.4830/4885 berbanding dolar AS daripada 4.4850/4880 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
Olimpik Paris 2024: Kehadiran keluarga semarak semangat Ariana Nur Dania
Ariana Nur Dania berkata kesemua ahli keluarganya telah tiba di Paris pada Selasa untuk memberikan sokongan kepadanya.
Eksport semikonduktor Malaysia disasar cecah RM1.2 trilion menjelang 2030 - MSIA
Wong berkata sasaran itu akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport keenam terbesar di dunia.
Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.
Malaysia raih manfaat limpahan permintaan pusat data - Moody's Ratings
Kapasiti pusat data Asia Pasifik dijangka menokok lebih dua kali ganda menjelang 2028 memandangkan ketegangan geopolitik akan menghalang pertumbuhan.
Agenda AWANI: ‘Virus’ media sosial
Jenayah dalam talian (scam, buli siber dan pedofilia) semakin menjadi-jadi, apa perlu kita buat? Apa cara nak desak pengendali platform untuk patuh terhadap undang-undang Malaysia terkait dengan pengguna media sosial? Diskusi 8.30 malam.
Anggaran 26 juta penduduk alami krisis makanan
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric pada Selasa menyuarakan kebimbangan mengenai situasi makanan yang semakin kritikal di Sudan
Polis sita stok bernilai €121 juta milik Amazon
Polis kewangan Itali menyita sebanyak 121 juta euro dari cawangan Itali syarikat e-dagang, Amazon atas dakwaan penipuan cukai dan ekspoitasi pekerja pada Selasa.
Tiga penduduk maut, lima hilang dalam kejadian banjir
Tiga orang terbunuh dan lima dikhuatiri hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah utara Vietnam pada Rabu.
Anggota tentera British parah diserang
Seorang anggota tentera British mengalami kecederaan serius susulan kejadian diserang oleh seorang suspek bertopeng berhampiran sebuah berek di tenggara England pada Rabu.
Empat tan kokain dirampas oleh Paraguay
Paraguay merampas lebih empat tan kokain yang disembunyikan dalam sebuah beg gula dipercayai akan dihantar ke Antwerp, Belgium pada Selasa.
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini
Ia susulan kepada potensi Fed menurunkan kadar faedahnya dan BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS serta mata wang utama
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama lain pada Selasa.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang ASEAN
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang ASEAN, didorong oleh sentimen positif.
Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi sedikit menjelang unjuran KDNK suku kedua
Ringgit mencatatkan kenaikan semula untuk dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat.
Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6680/4710 berbanding dolar AS daripada 4.6625/6660 ketika ditutup semalam.
Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS
Ringgit terus melonjak dan mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh enam bulan pada sesi pembukaan hari ini.
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.