KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi China yang terus tidak menentu serta krisis geopolitik baru-baru ini telah meningkatkan lagi permintaan terhadap dolar AS yang dianggap sebagai aset selamat, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
"Banyak yang telah dilakukan untuk meningkatkan prestasi ringgit berbanding dolar AS, tetapi malangnya banyak pihak yang menganggap dan menggunakan prestasi ringgit sebagai penunjuk atau pengukur kedudukan ekonomi negara.
"Penilaian sebegini tidak adil kerana tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek pada masa hadapan," katanya sebagai ahli panel Forum Ekonomi Kebangsaan (NEF) 2024 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan (NCCIM), di sini, semalam.
Adnan Zaylani berkata, apabila membandingkan dengan negara rakan serantau, sejak awal 2022 hingga sekarang, ringgit sebenarnya didagangkan lebih kukuh berbanding yen Jepun, dolar Taiwan serta won Korea dan hanya susut sedikit berbanding renminbi China, rupiah Indonesia dan rupee India.
"Keadaan ini juga mengesahkan pandangan bahawa kita sedang melalui kitaran pengukuhan dolar AS dan bukannya kelemahan nilai ringgit.
"Dari perspektif pertumbuhan, Malaysia terus mencatatkan pengembangan dan peningkatan kegiatan ekonomi, seiring dengan inflasi yang rendah dan stabil," katanya.
Beliau berkata walaupun ringgit dijangka mencerminkan asas-asas ekonomi negara pada tempoh jangka panjang, dalam tempoh terdekat ini unit tempatan masih menghadapi tekanan yang serius daripada kekukuhan dolar AS secara keseluruhan.
"Kadar faedah AS yang tinggi dijangka berterusan untuk beberapa waktu. Keadaan ini telah mempengaruhi tingkah laku dalam kalangan pelabur, korporat, pengeksport dan pengimport serta orang ramai. Sebagai contoh, terdapat minat yang tinggi untuk melabur dalam aset mata wang asing.
"Tambahan lagi, pengeksport boleh memilih untuk memegang mata wang asing manakala pengimport melakukan pembelian lebih awal dan beberapa syarikat korporat juga telah mempercepat bayaran balik hutang mata wang asing," katanya.
Menurutnya, tindakan ini yang secara berterusan akan mengakibatkan nilai ringgit semakin lemah yang seterusnya menyebabkan trend ini berpanjangan.
"Penurunan nilai yang berlebihan akan menyebabkan kos yang tinggi bagi perniagaan yang mempunyai pergantungan import yang lebih besar.
"Trend ini juga mengakibatkan sentimen negatif yang berpanjangan terhadap ekonomi dan pasaran negara. Sentimen negatif inilah yang perlu kita tangani," katanya.
Menjelas lanjut mengenai bagaimana BNM akan menanganinya, Adnan Zaylani berkata, pertama sekali, bank pusat akan menggunakan instrumen utamanya untuk mengekalkan kestabilan dan membendung penurunan nilai yang berlebihan dalam pasaran.
"Kami telah melakukan intervensi, iaitu menjual mata wang asing dan membeli ringgit. Intervensi ini telah dilakukan sejak beberapa lama," katanya.
Kedua, katanya, BNM telah mengadakan libat urus dengan pasaran untuk menggalakkan aliran ke dalam pasaran pertukaran asing, berbincang dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membawa balik dan menukar pendapatan asing mereka.
Dan yang ketiga, BNM terus meneliti cara untuk menggalakkan lagi syarikat korporat dan perniagaan untuk membawa balik mata wang asing mereka.
Sebagai contoh, katanya, banyak syarikat korporat mendapati lebih bermanfaat untuk tidak membawa balik mata wang asing bagi mengelakkan proses kelulusan untuk melabur semula di luar negara.
"Salah satu inisiatif yang sedang diusahakan adalah projek rintis rangka kerja kelulusan awal yang pantas untuk syarikat korporat yang membawa balik dana mata wang asing dan menukarkan dana ini kepada ringgit, bagi membolehkan mereka melabur semula di luar negara apabila tiba masanya.
"Sambutan daripada beberapa syarikat yang kami hubungi tentang hal ini adalah sangat menggalakkan. Malah ada beberapa daripada mereka yang membawa balik dan menukarkan dana ini dengan segera.
"Hal ini ditambah pula dengan perubahan pada kadar faedah global yang akan berlaku juga. Dengan ini, prospek ringgit kelihatan kukuh," katanya.
Sementara itu, Adnan Zaylani berkata terdapat beberapa risiko terhadap inflasi yang boleh berpunca daripada rancangan kerajaan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi, bagaimanapun, sekiranya risiko ini berlaku, ia dijangka bersifat sementara.
"Lebih penting lagi, rasionalisasi subsidi itu sendiri akan menjadi kemajuan besar dalam pembaharuan struktur negara secara keseluruhan. Komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan fiskal akan mengurangkan lagi defisit fiskal.
"Prospek jangka pendek kukuh kerana eksport dan perdagangan luar Malaysia telah mencatatkan pemulihan, peningkatan ketibaan pelancong dan projek pelaburan jangka panjang yang terus dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta," katanya.
Beliau juga berkata bagi tempoh jangka panjang kerajaan telah membangunkan beberapa pelan induk nasional yang akan memberikan panduan serta hala tuju bagi pertumbuhan negara pada masa hadapan, seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mentransformasikan ekonomi negara.
Selain itu, timbalan gabenor juga berkata sejak 2010, pelaburan langsung asing (FDI) oleh pelabur bukan pemastautin secara konsisten memberikan pulangan yang lebih baik berbanding dengan pelaburan yang dibuat oleh pelabur pemastautin di luar negara.
"Mungkin kita harus memberikan tumpuan yang lebih besar pada pelaburan dalam negeri untuk meningkatkan keupayaan, sama ada untuk pasaran domestik atau antarabangsa. Dalam tempoh dua tahun lepas, purata pulangan pelaburan untuk FDI berada pada 11.6 peratus, berbanding 7.5 peratus bagi pelaburan pemastautin di luar negara.
"Angka-angka ini merupakan bukti bahawa melaburkan modal anda di dalam negara merupakan keputusan perniagaan yang wajar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Adnan Zaylani berkata, apabila membandingkan dengan negara rakan serantau, sejak awal 2022 hingga sekarang, ringgit sebenarnya didagangkan lebih kukuh berbanding yen Jepun, dolar Taiwan serta won Korea. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat FOMC Khamis ini
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.