KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka stabil pada paras 4.74 hingga 4.75 berbanding dolar AS minggu depan selepas mencatatkan peningkatan ketara pada minggu sebelumnya, kata ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata pasaran akan memantau rapat data Senarai Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan minggu depan.
"Sekiranya angka NFP berada dalam jangkaan atau lebih rendah daripada yang dijangkakan, dolar AS akan melemah," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata buat masa ini keadaan masih amat tidak menentu sementara menunggu keputusan penurunan kadar faedah oleh AS yang dijangkakan pada Jun.
Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding dolar AS selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan ia meningkatkan libat urusnya dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, perbadanan dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk berterusan ke pasaran pertukaran asing.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS kepada 4.7440/7480 daripada 4.7750/7795 pada minggu sebelumnya.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1642/1681 daripada 3.1677/1709, menokok berbanding pound Britain kepada 6.0042/0111 daripada 6.0437/0494 dan naik berbanding euro kepada 5.1434/1493 daripada 5.1656/1705 sebelumnya.
Sementara itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Ringgit meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2140/2345 daripada 13.2198/2381 pada minggu sebelumnya, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5257/5301 daripada 3.5489/5525, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.54/8.55, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 301.5/302.0 daripada 306.1/306.5.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Mohd Afzanizam berkata, buat masa ini keadaan ringgit masih amat tidak menentu sementara menunggu keputusan penurunan kadar faedah oleh AS yang dijangkakan pada Jun. - Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Ringgit diunjur kekal kukuh - Ketua Ahli Ekonomi AMRO
Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
Ringgit diniaga pada 4.17 awal hari ini, naik berbanding mata wang utama lain
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini tetapi meningkat berbanding mata wang utama lain.
Ringgit susut diasak risiko geopolitik, namun kekal mata wang prestasi terbaik global
Ringgit muncul sebagai mata wang dengan prestasi terbaik global berbanding dolar AS bagi tempoh tiga bulan pada 2 Julai-2 Oktober 2024.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, dipengaruhi ketegangan geopolitik
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1595/1680 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1610 ketika ditutup semalam.
Ringgit terus kukuh, diniaga pada paras 4.12 berbanding dolar AS
Ringgit mengekalkan momentumnya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada Selasa.
Ringgit terus catat aliran meningkat, dibuka pada 4.1150 berbanding dolar AS
Pada 8.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1150/1280, naik daripada 4.1230/1280 pada Jumaat lepas.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS
Pada 8.03 pagi ini, mata wang tempatan itu diniagakan lebih mengukuh pada paras 4.1235/1320 berbanding 4.1430/1485 pada akhir urus niaga semalam.