KUALA LUMPUR: Ringgit yang meningkat dengan ketara berbanding dolar Singapura dalam beberapa bulan lepas, diunjurkan terus stabil menjelang akhir tahun pada julat antara 3.43 hingga 3.45, kata seorang pakar ekonomi terkemuka hari ini.
Faktor yang meningkatkan permintaan terhadap ringgit termasuk pelaburan langsung asing yang mengalir ke Malaysia, khususnya Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid
"Terdapat daya tarikan positif terhadap ekonomi Malaysia terutamanya dalam pelaburan langsung asing.
"Pelbagai syarikat terkenal memasuki Malaysia dan JS-SEZ menimbulkan minat terhadap aset Malaysia," katanya kepada Bernama bagi mengulas pengukuhan ringgit berbanding dolar Singapura.
Pada 20 Februari 2024, ringgit Malaysia melonjak kepada RM3.5682 berbanding dolar Singapura, pada masa ini, dua mata wang itu turun naik sekitar RM3.4868, mencerminkan kenaikan 2.3 peratus.
Mohd Afzanizam berkata usaha sinergi antara kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, memupuk persekitaran kondusif kepada penukaran mata wang asing yang lebih besar kepada ringgit Malaysia.
Bagaimanapun, beliau berkata kemampanan lonjakan mata wang tempatan mungkin bergantung kepada faktor luaran terutamanya keputusan Rizab Persekutuan AS berhubung kadar faedah.
Laporan Gaji Bukan Ladang baru-baru ini, petunjuk utama pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) telah mendorong penilaian semula jangkaan mengenai pengurangan kadar faedah.
"Pendirian berhati-hati Rizab Persekutuan AS, didorong oleh pasaran buruh kukuh, mungkin menangguhkan sebarang potensi pelonggaran dasar monetari, justeru memberi kesan kepada mata wang global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024
Faktor yang meningkatkan permintaan terhadap ringgit termasuk pelaburan langsung asing yang mengalir ke Malaysia, khususnya JS-SEZ. -Gambar fail/Bernama
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.
Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2865/2910 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 ketika ditutup semalam.
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur susulan sentimen serantau lebih lemah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat susulan nasihat yang lebih lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.
Ringgit ditutup rendah ketika hasil AS meningkat
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendadak.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.