KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meningkat sambil bergerak dalam jajaran kecil pada sekitar 4.40 berbanding dolar AS minggu depan berikutan sentimen pasaran yang bercampur-campur, kata ahli ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata maklumat data utama dari Amerika Syarikat (AS) akan menjadi teras inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) pada Mei serta indeks harga rumah, Indeks SP Case Shiller yang dijangka kekal meningkat.
"Konteks itu akan berterusan di sekitar peningkatan tekanan inflasi yang memerlukan Rizab Persekutuan AS untuk kekal dengan kecenderungan menaikkan kadar faedah dalam pendirian monetarinya.
"Data Indeks Harga Pengguna Malaysia terkini yang menokok kepada 2.8 peratus pada Mei 2022 berbanding 2.3 peratus pada Mei 2021 menunjukkan Bank Negara Malaysia mungkin cenderung untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) untuk merapatkan jurang kadar inflasi," katanya kepada Bernama.
Katanya OPR yang berkemungkinan meningkat akan memberi sedikit dorongan kepada ringgit walaupun kebimbangan mengenai kemelesetan AS yang turut bertambah.
"Sehubungan itu, sentimen pasaran akan terus berhati-hati, menyebabkan ringgit dalam julat yang kecil berbanding dolar AS," katanya.
Bagi minggu baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding dolar AS berikutan unjuran lemah terhadap ekonomi global yang mendorong lebih ramai pelabur untuk beralih kepada mata wang negara pesat membangun.
Berasaskan mingguan, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.4010/4045 pada Jumaat berbanding 4.4000/4040 pada minggu lepas.
Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama berasaskan Jumaat hingga Jumaat.
Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1710/1740 daripada 3.1753/1786 pada minggu lepas, naik berbanding yen Jepun kepada 3.2590/2621 daripada 3.2655/2688 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4128/4171 daripada 5.4208/4257 sebelum ini.
Bagaimanapun, ia susut berbanding euro kepada 4.6444/6481 daripada 4.6314/6357 minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
![Ringgit dijangka meningkat, namun didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan Ringgit dijangka meningkat, namun didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653743042_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Berasaskan mingguan, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.4010/4045 pada Jumaat berbanding 4.4000/4040 pada minggu lepas. - Gambar fail
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste
Pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Khoo Ying Hooi hari ini mencipta sejarah apabila dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste untuk Lembaga 'Centro Nacional Chega!' (CNC). Pensyarah UM dilantik sebagai penasihat kerajaan Timor-Leste.
Tidak akan jejas kuota Bumiputera
Sejak sistem kuota dilaksanakan sekitar tahun 1970-an, ia bermatlamatkan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional daripada kaum Bumiputera.
Calon PN lancar manifesto 'kerja'
Menurut Abidin, PN juga bertekad untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Sungai Bakap yang telah dihadapi sejak enam tahun lalu.
UMNO fokus dapatkan sokongan pengundi muda untuk calon PH
UMNO yakin Joohari Ariffin dari Pakatan Harapan yang menjadi taruhan Kerajaan Perpaduan akan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Sabtu ini.
![Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717944801_TBDIESEL.jpg)
Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat
Barjoyai berkata, ia berdasarkan kadar penggunaan bahan api itu di Malaysia yang mencatatkan peningkatan 10.8 bilion liter pada tahun lalu.
![Ringgit dijangka teruskan aliran menurun berbanding dolar AS minggu depan Ringgit dijangka teruskan aliran menurun berbanding dolar AS minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706347120_Afzanizam.jpg)
Ringgit dijangka teruskan aliran menurun berbanding dolar AS minggu depan
Katanya, tumpuan akan terarah kepada pengukur inflasi pilihan Fed AS iaitu Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dan PCE Teras bagi April.
![Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706347120_Afzanizam.jpg)
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
![Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707109587_KWSPLogo.jpg)
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710249071_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat
Katanya, Fed AS dilihat tidak tergesa-gesa meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712580615_duit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Dolar AS turut menerima faktor sampingan berikutan kenyataan Pengerusi Fed AS Jerome Powell yang cenderung menaikkan kadar faedah.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, cecah paras 4.6 sejak 16 Jan Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, cecah paras 4.6 sejak 16 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, cecah paras 4.6 sejak 16 Jan
Pada 9 pagi, ringgit mencecah paras 4.6 dan dibuka pada 4.6830/6895 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7025/7080 semalam.
![Nilai ringgit dijangka lebih baik susulan pembaharuan struktur berterusan kerajaan - Ahli ekonomi Nilai ringgit dijangka lebih baik susulan pembaharuan struktur berterusan kerajaan - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Nilai ringgit dijangka lebih baik susulan pembaharuan struktur berterusan kerajaan - Ahli ekonomi
Turun naik mata wang terutamanya bagi ringgit, adalah perkara biasa dan sering didorong oleh penunjuk makroekonomi memandangkan Malaysia adalah negara perdagangan terbuka.
![Kerangka MADANI akan jadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan, perkukuh kedudukan fiskal - Pakar ekonomi Kerangka MADANI akan jadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan, perkukuh kedudukan fiskal - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706347120_Afzanizam.jpg)
Kerangka MADANI akan jadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan, perkukuh kedudukan fiskal - Pakar ekonomi
Kerajaan akan menumpu kepada proses menyelesaikan masalah dan nilai-nilai untuk membina moral yang baik dalam membangunkan masyarakat.
![Ringgit melantun semula, dibuka mengukuh berbanding dolar AS Ringgit melantun semula, dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit melantun semula, dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9.04 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7130/7180 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7145/7200 yang dicatatkan semalam.