KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Isnin, tetapi prospek jangka pendek untuk mata wang tempatan itu kekal baik dengan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Amerika Syarikat (AS) mendapat momentum, kata ahli ekonomi.
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.6550/6610 berbanding dolar AS daripada 4.6550/6605 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan akan diberikan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 30-31 Julai ini dan pasaran mengunjurkan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
"Kita akan menyaksikan sokongan seterusnya untuk ringgit hari ini," katanya.
Mohd Afzanizam berkata pasaran memantau langkah Bank of Japan yang seterusnya berikutan ia memulakan tindakan pengetatan kuantitatif.
"Keputusan dasar monetari mereka adalah pada 31 Julai. Jepun dilihat lambat dari segi mengetatkan monetari," katanya.
Sementara itu, mata wang tempatan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan naik berbanding euro kepada 5.0516/0581 daripada 5.0530/0590 pada Jumaat lepas dan tinggi berbanding pound kepada 5.9887/9964 daripada 5.9901/9971 minggu lepas, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0200/0241 daripada 3.0176/0214 sebelum ini.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4659/4706 daripada 3.4641/4684 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9525/9764 daripada 12.9069/9268 sebelum ini.
Mata wang tempatan mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 285.5/286.0 daripada 285.5/286.0 pada Jumaat lepas dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.97/7.99 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Mohd Afzanizam berkata tumpuan akan diberikan kepada mesyuarat FOMC AS pada 30-31 Julai ini dan pasaran mengunjurkan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS. - Gambar hiasan
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pembetulan pasaran menyokong peningkatan ringgit memandangkan peniaga menyesuaikan kedudukan mereka berikutan turun naik pasaran mata wang.
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan global meningkat
Pada 8 pagi, ringgit susut kepada 4.3850/3995 berbanding dolar AS daripada 4.3800/3850 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka diniagakan tinggi minggu depan
Kebimbangan terhadap dasar Presiden Donald Trump tahun depan boleh mendorong peniaga dan pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS telah mendorong peningkatan permintaan untuk dolar AS dan ekuiti.
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS menjelang keputusan OPR
Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar AS didorong oleh sentimen yang baik menjelang pengumuman mengenai OPR oleh BNM.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit terus mengukuh pada sesi awal susulan kelemahan dolar AS
Ringgit mengekalkan momentum pengukuhannya apabila dibuka meningkat ketika DXY lemah susulan pengumuman data gaji bukan perladangan.
Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mungkin mengalami dagangan tidak banyak berubah kerana pasaran bersedia untuk minggu yang sibuk.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan.