KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka lemah dan didagangkan sekitar RM4.76 berbanding dolar AS minggu depan di hadapan mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengenai inflasi dan perangkaan jualan runcit AS.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sebilangan besar pegawai Fed dijadualkan akan terlibat dalam mesyuarat itu pada minggu depan, yang mana, beliau berpendapat akan mencerminkan mesej yang sama iaitu inflasi AS masih menjadi kebimbangan dan mereka perlu diyakinkan sama ada ia boleh mencapai matlamat 2 peratus bank pusat AS itu.
Angka jualan runcit AS akan diumumkan menjelang Isnin nanti dengan anggaran konsensus mengunjurkan ia akan berkembang 0.3 peratus dari bulan ke bulan pada Mac berbanding 0.6 peratus sebelumnya.
“Kemungkinan, keputusan keluaran dalam negara kasar suku pertama 2024 China boleh menjadi titik data yang akan menggerakkan pasaran kerana pelabur ingin mengukur sama ada ekonomi global kedua terbesar itu mampu berkembang sekitar 5 peratus pada 2024. Anggaran konsensus menunjukkan ekonomi China berkembang 5.0 peratus dari tahun ke tahun pada suku pertama 2024,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, beliau berkata indeks harga pengguna Kesatuan Eropah juga menarik untuk dilihat dengan anggaran yang menunjukkan bahawa kadar inflasi akan menyederhana lagi kepada 2.4 peratus pada Mac, memberi petanda bahawa Bank Pusat Eropah boleh berada di landasan yang betul dalam mengurangi kadar faedah tahun ini.
Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit adalah lebih rendah kepada 4.7680/7730 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 yang disaksikan pada minggu sebelum ini. Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama lain.
Ia menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1098/1133 daripada 3.1341/1363, meningkat berbanding pound British kepada 5.9562/9624 daripada 5.9956/9994 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0808/08643 daripada 5.0808/08643 .
Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN kecuali dolar Singapura.
Ia susut kepada 13.0831/13.1036 berbanding baht Thailand daripada 12.9495/12.9641 yang dicatatkan semasa Jumaat minggu sebelum ini, turun berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.439/8 dan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.8/301.3 daripada 299.4/299.8.
Bagaimanapun, mata wang tempatan itu melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.5090/5129 daripada 3.5208/5233.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit adalah lebih rendah kepada 4.7680/7730 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.