KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan sama pada julat semasa, berlegar antara 4.76 dan 4.77 berbanding dolar AS minggu depan, berikutan dolar AS dijangka meneruskan aliran menaiknya, kata seorang penganalisis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata susulan sentimen pasaran yang lemah ia menjadikan dolar AS lebih tinggi.
Beliau berkata masih terdapat ketidakpastian sama ada Indeks Dolar AS (DXY) mampu meningkat lebih jauh, tetapi titik data semasa menunjukkan terdapat sedikit ruang untuk dolar AS meningkat.
"Oleh itu, kami menjangkakan trend itu akan berterusan minggu depan dengan gandingan dolar AS/RM kekal pada paras semasa," katanya kepada Bernama.
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS berikutan dasar monetari berhati-hati Amerika Syarikat (AS) yang tidak memotong kadar faedah buat masa ini dan kebimbangan terhadap pertumbuhan China.
Pada Selasa, mata wang tempatan mencecah 4.80 berbanding dolar AS, susulan itu menyebabkan Bank Negara Malaysia mengeluarkan kenyataannya mengenai keadaan pasaran semasa.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mengabaikan atau mengambil mudah penyusutan ringgit, malah berterusan berusaha untuk menangani isu itu sambil pada masa yang sama memastikan angka pelaburan Malaysia kekal utuh.
Beliau berkata bank pusat telah ditugaskan untuk memantau ringgit dengan teliti, dan di pihak kerajaan, kementerian serta pihak berkuasa berkaitan, termasuk majlis pelaburan, mengadakan mesyuarat setiap hari untuk menangani isu itu.
Anwar menegaskan bahawa jika keyakinan berkurangan kerana ringgit, Malaysia tidak akan mampu mencapai rekod pelaburan tertingginya sebanyak RM329.5 bilion tahun lepas, meningkat 23.0 peratus berbanding 2022.
"Kenapa kita perlu melihat hanya dari segi ringgit dan membandingkannya dengan 1998? Pada 1998, ringgit jatuh, pelaburan jatuh, dan inflasi meningkat, ia tidak sama," katanya.
Pada masa sama, Anwar berkata adalah penting untuk kerajaan memberi tumpuan kepada perkara yang boleh dilakukan dan perlu dilakukan setiap hari.
Bagi asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS pada 4.7750/7795 berbanding 4.7765/7820 seminggu sebelumnya.
Berbanding mata wang utama lain, mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya lebih rendah kecuali ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1677/1709 daripada 3.1780/1818 seminggu sebelumnya.
Ia susut berbanding pound Britain kepada 6.0437/0494 daripada 6.0117/0186 dan merosot berbanding euro kepada 5.1656/1705 berbanding 5.1419/1478 sebelumnya.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang Asean, kecuali baht Thai, ia naik kepada 13.2198/2381 daripada 13.2559/2763 pada Jumaat lepas.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5489/5525 daripada 3.5479/5522 seminggu lepas, merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 306.1/306.5 berbanding 305.7/306.1 sebelum ini dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.54/8.55 daripada 8.53/8.55 ketika ditutup minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
![Ringgit dijangka diniaga pada paras semasa minggu depan Ringgit dijangka diniaga pada paras semasa minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit dijangka diniagakan sama pada julat semasa, berlegar antara 4.76 dan 4.77 berbanding dolar AS minggu depan. -Gambar fail
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
![250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA 250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719933855_TBGaza.jpg)
250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA
Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini.
![Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719933494_TBFadillahYusof.jpg)
Majlis Mineral Negara setuju cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong
Cadangan itu merupakan langkah mewujudkan persekitaran industri mineral yang kondusif dan menyokong perkembangan industri.
![Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719929006_TBIndiastampede.jpg)
Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh.
Tumpuan Rabu – 03 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710161740_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan setuju benarkan PMKS keluarkan e-Invois yang disatukan - Menteri Kewangan II
Kerajaan bersetuju membenarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengeluarkan e-Invois yang disatukan iaitu yang menggabungkan semua urus niaga jualan setiap bulan.
![SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
![Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719927009_AgendaAWANI.jpg)
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
![Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.
![Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709167362_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi soal jawab lisan.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
![Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit terus turun untuk ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat walaupun data ekonomi AS lemah, kata pakar ekonomi.
![Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI
Bagi suku pertama 2024, penyusutan nilai ringgit telah menarik pelabur hartanah global dengan pembeli dari China merupakan paling aktif.
![Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
![Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.