KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, disokong oleh permintaan sederhana untuk mata wang domestik.
Pada 9.22 pagi, ringgit tempatan menambah nilai kepada 4.6825/6860 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6865/6920.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan ringgit akan berada dalam julat yang sempit hari ini kerana mod penghindaran risiko mungkin menyokong dolar AS dengan baik.
"Kita berpotensi berhadapan dengan penutupan pentadbiran kerajaan AS kerana Kongres perlu membuat keputusan minggu ini berhubung percanggahan pendapat mengenai rang undang-undang perbelanjaan.
"Bagaimanapun, PMI terkini untuk September nampaknya menunjukkan terdapat sedikit peningkatan dalam sentimen perniagaan.
Gandingan dolar AS/ringgit dijangka diniagakan antara RM4.67 hingga RM4.68 hari ini.
Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.
Mata wang tempatan lemah berbanding euro pada 4.9869/9906 daripada penutupan Jumaat minggu lepas 4.9860/9918 tetapi meningkat berbanding pound Britain pada 5.7342/7385 daripada 5.7372/7439 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1560/1585 daripada 3.1593/1632 sebelumnya.
Pada masa sama, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.0345/0493 daripada 13.0119/0322 pada Jumaat dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 304.5/304.9 daripada 304.7/305.3 sebelumnya.
Berbanding peso Filipina, ringgit ialah pada 8.24/8.25 daripada 8.25/8.26 dan meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4296/4325 daripada 3.4313/4359 Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Pada 9.22 pagi, ringgit tempatan menambah nilai kepada 4.6825/6860 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6865/6920. -Gambar fail/Reuters
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka kukuh didorong jangkaan tinggi terhadap penurunan kadar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.4085/4210 berbanding dolar AS daripada 4.4110/4145 pada Jumaat lepas.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

Ringgit dibuka tinggi untuk hari kelima berturut-turut
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut berikutan ketidaktentuan mengenai dasar tarif AS.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4500/4700 berbanding dolar US daripada 4.4640/4680 semasa ditutup semalam.