KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun tarikan dolar AS sebagai mata wang selamat kekal teguh dalam keadaan sentimen mengelakkan risiko yang melanda pasaran.
Menurut penganalisis, dolar AS turut menerima faktor sampingan berikutan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah dengan memaklumkan bank pusat AS mungkin perlu mengekalkan kadar yang tinggi untuk tempoh lebih lama berikutan inflasi yang berterusan.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7905/7950 berbanding dolar AS daripada 4.7945/7970 semasa ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks dolar AS (DXY) terus meningkat kepada 106.342 mata berikutan jangkaan penurunan kadar.
“Kadar inflasi yang masih tinggi di samping pertumbuhan ekonomi yang kukuh di AS telah menyebabkan pasaran menilai semula jangkaan mereka terhadap pelonggaran monetari tahun ini,” katanya.
Beliau berkata pendapatan bank utama AS turut mencatat prestasi baik pada suku pertama tahun ini berikutan perbelanjaan pengguna dan perniagaan yang kukuh.
Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan pertumbuhan ekonomi global akan kekal stabil pada 3.2 peratus pada 2024 dan 2025, namun mencetuskan kebimbangan mengenai perkembangan perlahan konsolidasi fiskal yang boleh memberi tekanan meningkat kepada inflasi.
"Secara keseluruhannya, ringgit akan stabil pada paras semasa dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 5.0885/0932 daripada 5.0966/0992 semasa ditutup pada Selasa, naik berbanding yen Jepun kepada 3.0964/0995 daripada 3.1020/1038 semalam, dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.9536/9595 daripada 5.9701/9732 sebelum ini.
Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi berbanding mata wang Asean.
Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 13.0496/0661 daripada 13.0858/13.0983 semasa ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5103/5139 daripada 3.5135/5156 semalam.
Ringgit turut naik berbanding rupiah Indonesia kepada 296.1/296.5 daripada 296.3/296.6 semalam dan menambah berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.41/8.42 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712580615_duit.jpg)
Mohd Afzanizam berkata, kadar inflasi yang masih tinggi di samping pertumbuhan ekonomi yang kukuh di AS menyebabkan pasaran menilai semula jangkaan mereka terhadap pelonggaran monetari tahun ini. - Gambar hiasan
![Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738342115_TBGAZA.jpg)
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
![Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738327875_AnbaCoconutTrading.jpg)
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
![Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738319532_AminuddinHarun.jpg)
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
![Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735704176_ZalihaMustafa.jpg)
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733324509_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5100/5185 berbanding dolar AS daripada 4.4945/5000 pada Jumaat lepas.
![Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727876794_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa ini ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual.
![Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729052024_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
![Ringgit dibuka mengukuh susulan jangkaan AS turunkan kadar faedah Ringgit dibuka mengukuh susulan jangkaan AS turunkan kadar faedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706347120_Afzanizam.jpg)
Ringgit dibuka mengukuh susulan jangkaan AS turunkan kadar faedah
Namun, pasaran dijangka kekal berhati-hati susulan data jualan runcit AS yang akan memacu permintaan terhadap mata wang berkenaan.
![Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51672797951_RINGGIT.jpg)
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.
![Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729052024_ringgitduit.jpg)
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727876794_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729052024_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4330/4465 berbanding dolar US daripada 4.4365/4400 ketika ditutup semalam.
![Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729043526_Ringgit.jpg)
Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3580/3645 berbanding dolar AS daripada 4.3605/3640 ketika ditutup semalam.
![Ringgit terus catat aliran meningkat, dibuka pada 4.1150 berbanding dolar AS Ringgit terus catat aliran meningkat, dibuka pada 4.1150 berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727400530_ringgitduit.jpg)
Ringgit terus catat aliran meningkat, dibuka pada 4.1150 berbanding dolar AS
Pada 8.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1150/1280, naik daripada 4.1230/1280 pada Jumaat lepas.