KUALA LUMPUR: Ringgit secara amnya dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini apabila data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih lemah dikeluarkan Jumaat lepas mencetuskan penurunan ketara dalam hasil Perbendaharaan AS, kata seorang penganalisis.
Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan mengukuh 185 mata asas pada 4.3820/3860 berbanding dolar AS daripada 4.4005/4070 pada penutupan urus niaga Jumaat.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS yang lebih lemah menyokong pengambilan risiko global berdasarkan jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meredakan kadar dasar monetari lebih awal daripada jangkaan.
"(Selain itu), semua mata masih tertumpu pada berita pembukaan semula China. Memandangkan pertumbuhan China telah beransur-ansur kemballi pulih, ringgit sepatutnya terus mengukuh," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound British kepada 5.3057/3106 daripada 5.2159/2336 pada penutup Jumaat dan lemah berbanding euro menjadi 4.6717/6759 daripada 4.6254/6322.
Ringgit turut rendah nilainya berbanding dolar Singapura kepada 3.2836/2871 daripada 3.2664/2717 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3250/3283 daripada 3.2739/2793 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan mengukuh 185 mata asas pada 4.3820/3860 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat FOMC Khamis ini
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4250/4450 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4360 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.