KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, berdasarkan sentimen pelabur yang positif berikutan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) semalam.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1800/1855 berbanding dolar AS daripada 4.1865/1885 semasa ditutup semalam.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS bergerak dalam jajaran kecil berbanding ringgit sejak beberapa hari yang lepas, berikutan pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (Fed AS) mengenai kadar faedah AS yang tidak akan dinaikkan dalam jangka masa terdekat.
Minggu lepas, Pengerusi Fed AS, Jerome Powell memberi jaminan kepada pasaran global dengan menyatakan bahawa walaupun proses pengurangan akan bermula pada November, kadar faedah AS tidak akan dinaikkan sehingga 2023.
"Data mengenai Keyakinan Pengguna dapat memberikan lebih banyak maklumat mengenai keadaan pemulihan ekonomi di AS dan boleh memberikan petunjuk mengenai langkah pengurangan.
"Dari aspek teknikal, ringgit dijangka bergerak dalam jajaran kecil berbanding dolar AS, antara paras 4.1930 dan 4.1770," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata jika paras tersebut meningkat melebihi 4.1930, ia boleh naik kepada 4.2370, manakala jika ia merosot di bawah 4.1770, ringgit boleh jatuh kepada 4.1350 dalam masa beberapa hari.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan RMK-12, yang bertujuan untuk meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi Malaysia dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang dalam negara menghadapi cabaran daripada pandemik COVID-19.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat kepada 3.0851/0896 berbanding dolar Singapura daripada 3.0915/0932 pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 4.8860/8924 daripada 4.8965/8989 sebelum ini.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7644/7697 daripada 3.7737/7758 dan meningkat berbanding pound kepada 5.7245/7320 daripada 5.7338/7366 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 28 2021
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1800/1855 berbanding dolar AS.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
NR-REE: Perak lancar 2 inisiatif, pacu revolusi mineral negara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif itu adalah langkah kerajaan negeri dalam merealisasikan agenda perlombongan bertanggungjawab ekoran penemuan lantanida, sejenis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Hulu Perak.
#AWANIRingkas 4 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Oktober 2024
1️⃣ Menyeleweng daripada akidah Islam sebenar
2️⃣ Hasil langkah pengurangan risiko bencana
3️⃣ Pakistan gembira perbincangan produktif
#awaniringkas
1️⃣ Menyeleweng daripada akidah Islam sebenar
2️⃣ Hasil langkah pengurangan risiko bencana
3️⃣ Pakistan gembira perbincangan produktif
#awaniringkas
Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Hashem dijadikan sasaran dalam serangan Israel di Beirut antara Khamis dan Jumaat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Oktober 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak.
Sultan Selabgor perkenan GISBH difatwakan menyeleweng.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan – Nancy.
Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak.
Sultan Selabgor perkenan GISBH difatwakan menyeleweng.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan – Nancy.
Lawatan PM Anwar ke Dhaka imbau sejarah 52 tahun lepas
Lawatan ini mengulangi sejarah apabila Malaysia menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 31 Jan 1972.
Jurutera Keizrul Abdullah sifatkan pembinaan Terowong Smart ‘hadiah’ terbesar buat negara
Pengerusi Wetlands International Malaysia sifatkan sumbangan idea dalam pembinaan projek Terowong SMART, sebagai 'hadiah' terbesar beliau buat negara.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS susulan pengambilan untung
Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
Inflasi rendah dorong ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2000/2060 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi sejak 2 Feb, 2023 ketika ditutup hari ini.
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
IHP teras meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan pada Ogos, mengatasi jangkaan konsensus pada 0.2 peratus.