KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan kalangan peniaga kekal memberi tumpuan terhadap mata wang negara maju itu selain data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan.
Perkembangan inflasi itu membayangkan kemungkinan bahawa pihak Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan langkah menaikkan kadar faedah, sekali gus melenyapkan jangkaan penurunan kadar faedah pada Jun ini.
Pada 9 pagi ini, ringgit turun kepada 4.7695/7735 berbanding dolar AS daripada 4.7455/7500. yang dicatatkan pada Selasa lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) melepasi paras 105 mata susulan pengumuman laporan inflasi AS pada Mac yang mencatatkan 3.5 peratus berbanding jangkaan 3.4 peratus.
“Segelintir ahli ekonomi telah menjangkakan pengurangan kadar faedah dalam tempoh menuju suku akhir tahun ini.
“Dolar AS dijangkakan kekal positif dalam jangka pertengahan yang menyaksikan ringgit diasak tekanan memandangkan perbezaan kadar antara AS dan Malaysia yang ketara,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, dari sudut lonjakan hasil Perbendaharaan AS, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata inflasi AS yang kekal tinggi itu telah menyebabkan angka hasil Perbendaharaan terus meningkat, sekali gus mempengaruhi dinamik pasaran.
“Faktor ini dengan cabaran deflasi berterusan di China, hanya membayangkan prospek bagi mata wang termasuk ringgit. Ini terutamanya di tengah-tengah peningkatan sentimen risiko global yang dapat dilihat dalam pasaran Asia hari ini, khususnya mengambil kira petunjuk membabitkan ekuiti AS,” katanya.
Sehubungan itu, adalah penting untuk memantau pergerakan yen Jepun dan yuan China khususnya, bagi menilai sama ada pembuat dasar China bersedia menangani penyusutan yuan seterusnya yang boleh memberi kesan ke atas mata wang seperti ringgit.
Laporan menyatakan dolar AS mengukuh ketara berbanding hampir semua mata wang utama lain, malah mencecah paras tinggi sejak beberapa dekad, termasuk melonjak kepada 153.24 berbanding yen iaitu paling kukuh sejak 1990 atau 34 tahun.
Dalam pada itu, sewaktu urus niaga dibuka hari ini, ringgit diniagakan lebih positif berbanding kumpulan mata wang utama lain iaitu mengukuh berbanding yen Jepun pada 3.1175/1203 daripada paras penutup Selasa 3.1255/1287.
Ringgit juga naik berbanding euro kepada 5.1158/1201 daripada 5.1565/1614 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9881/9931 daripada 6.0173/0230 sebelum ini.
Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5243/5276 daripada 3.5262/5298 namun rendah berbanding baht Thailand pada 13.0500/13.0678 daripada 12.9434/12.9596.
Unit tempatan itu susut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.9/301.3 daripada 299.3/299.8 dan rendah berbanding peso Filipina pada 8.45/8.46 daripada 8.41/8.42.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2024
Pada 9 pagi ini, ringgit turun kepada 4.7695/7735 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam
Kelapa diperlukan untuk dua kegunaan dalam upacara perayaan Thaipusam, iaitu mengambil isinya dan memecahkan kelapa.
[TERKINI] Konflik Gaza: A.S akan ambil alih gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Caruman 2% KWSP pekerja asing: Apa impak industri peruncitan?
Sejauh mana caruman 2 peratus KWSP kepada pekerja asing memberi impak kepada industri peruncitan? Harga barang akan naik lagi lepas ini? Kupasan bersama Penasihat Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) & Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin.
Cadangan caruman KWSP 2% untuk pekerja asing: ACCCIM kata wajar
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menyokong cadangan kerajaan untuk menetapkan caruman KWSP pekerja asing pada kadar 2%. Kadar ini dikurangkan daripada cadangan asal 12% bagi mengurangkan beban kos operasi yang tinggi. ACCCIM berharap pindaan Akta KWSP 1991 akan mewujudkan mekanisme yang telus untuk menyemak semula kadar caruman KWSP. Ketahui lebih lanjut dalam video ini.
KWSP Pekerja Asing: Caruman 2 peratus seimbangkan kebajikan, perniagaan - FMM
Cadangan kerajaan untuk melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus bagi pekerja asing mencerminkan usaha mengimbangi kebajikan pekerja dan kemampanan perniagaan.
Projek ECRL capai kemajuan lebih 78 peratus setakat Jan - Amir Hamzah
Kemajuan keseluruhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merangkumi empat negeri iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor sudah mencapai 78.5 peratus setakat bulan lepas, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir di Bintulu hampir pulih, beberapa kawasan masih dipantau - Bomba
Bagaimanapun, terdapat beberapa lokasi masih perlu dipantau kerana berisiko mengalami runtuhan rumah akibat banjir.
#AWANIRingkas 5 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Februari 2025
1️⃣ Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025
2️⃣ Isu perang Gaza antara isu tumpuan
3️⃣ Hamas sahkan rundingan sudah bermula
#awaniringkas
1️⃣ Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025
2️⃣ Isu perang Gaza antara isu tumpuan
3️⃣ Hamas sahkan rundingan sudah bermula
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu perang Gaza antara isu tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Netanyahu yakin Trump akan bantu Israel capai semua matlamat perang
Netanyahu sifatkan Presiden Trump sahabat terbaik Israel yang pernah ada di White House.
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
Ringgit melantun semula, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4850/4900 berbanding dolar AS daripada paras 4.5090/5135 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Ringgit kekal stabil untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4645/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4750 semasa ditutup pada Jumaat.
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.4670/4715 berbanding dolar AS 4.4845/4900 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang lain
Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar AS pada sesi urus niaga awal Khamis.