KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari kedua berturut-turut apabila prestasi unit negara maju itu terus mengukuh, didorong oleh data jualan runcit Mac 2024 yang memberangsangkan, kata penganalisis.
Pada 9.20 pagi ini, nilai ringgit susut kepada 4.7885/7910 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7815 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data di negara maju itu terus memaparkan pertumbuhan kukuh dengan jualan runcit pada Mac meningkat kepada 0.7 peratus bulan ke bulan yang terbukti mengatasi jangkaan ramai sebanyak 0.4 peratus.
"Berikutan itu, pasaran niaga hadapan tidak meletakkan harapan tinggi terhadap kemungkinan berlakunya pengurangan kadar faedah, sekali gus menunjukkan persepsi kemungkinan kelonggaran monetari tahun ini semakin pudar yang sebaliknya hanya menyuntik sokongan terhadap dolar AS.
"Malah, ini terbukti apabila Indeks Dolar AS (DXY) mencecah 106.209 mata berbanding 100 mata pada akhir 2023.
"Ringgit berkemungkinan kekal kurang memberangsangkan berbanding dolar AS pada hari ini," katanya kepada Bernama.
Selain itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ini termasuk meningkat berbanding euro kepada 5.0820/0847 daripada 5.0915/0947 semalam, mengukuh sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.1026/1044 daripada 3.1053/1075 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.9516/9547 daripada 5.9660/9697 sebelumnya.
Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN iaitu mengukuh berbanding baht Thailand pada 12.9872/9982 daripada 13.0148/13.0286 semalam.
Unit tempatan itu juga tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.5063/5083 daripada 3.5123/5148 dan naik berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41 daripada 8.41/8.42.
Namun, ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 302.1/302.4 daripada 301.4/301.8. sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Pada 9.20 pagi ini, nilai ringgit susut kepada 4.7885/7910 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7815 pada akhir urus niaga semalam. -Gambar fail/Bernama
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang lain
Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan hasil mesyuarat FOMC dan data ekonomi AS yang lebih kukuh.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang lain
Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar AS pada sesi urus niaga awal Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit menjelang mesyuarat FOMC
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4670/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 pada Selasa.
Ringgit dibuka mengukuh susulan jangkaan AS turunkan kadar faedah
Namun, pasaran dijangka kekal berhati-hati susulan data jualan runcit AS yang akan memacu permintaan terhadap mata wang berkenaan.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, merupakan hari dagangan ketujuh berturut-turut mencatatkan penurunan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam keadaan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4470/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4550 ketika ditutup semalam.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit berada pada 4.4470/4530 berbanding dolar AS daripada 4.4475/4525 pada Jumaat lepas.