KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ketika mata wang negara sedang pesat membangun terus diasak oleh kenaikan dolar susulan data ekonomi negara maju itu yang kukuh.
Pada 9.02 pagi ini, ringgit susut 160 mata asas (bps) kepada 4.1730/1780 daripada 4.1570/1590 yang dicatatkan pada akhir dagangan Rabu.
Pasaran ditutup pada Khamis bersempena cuti umum Hari Malaysia.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data asas peruncitan dan tuntutan pengangguran AS bagi Ogos 2021 ternyata mengejutkan pasaran dan terus melonjakkan prestasi dolar AS.
"Ini berpotensi besar untuk meningkatkan dolar AS dalam beberapa hari akan datang. Malah, peningkatan perbelanjaan pengguna juga mungkin memberi petunjuk kepada Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk bertindak lebih awal lagi bagi mengurangkan rangsangan kewangan yang mencecah US$120 bilion sebulan ketika ini," katanya kepada Bernama.
Fed dijangkakan mengumumkan langkahnya mengurangkan pembelian aset pada sesi mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang berakhir pada 22 September ini, susulan data-data AS yang lebih kukuh.
Menurut Diniz, dari sudut teknikal, sekiranya perbandingan dolar AS-ringgit melepasi paras 4.1600, ia akan meningkat kepada 4.2300 dalam beberapa hari.
Selain itu, berbanding kumpulan mata wang utama lain, ringgit dibuka kebanyakannya mengukuh kecuali berbanding pound Britain yang menyaksikannya susut kepada 5.7521/7590 daripada 5.7475/7502 pada akhir urus niaga Rabu.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0994/1033 daripada 3.1002/1019 dan naik berbanding yen kepada 3.0994/1033 daripada 3.8019/8041.
Unit tempatan itu turut meningkat berbanding euro kepada 4.9066/9125 daripada 4.9152/9176 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
Pada 9.02 pagi ini, ringgit susut 160 mata asas (bps) kepada 4.1730/1780 dolar AS.
Malaysia, Turkmenistan teroka peluang kerjasama dalam sektor pertanian
Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk bertukar-tukar maklumat mengenai struktur serta bidang tanggungjawab kementerian masing-masing.
Liga Super: PDRM belasah KDN 5-0
Ifedayo tunjuk taring dengan menjaringkan tiga gol pada babak pertama sebelum Muhammad Shahrel Fikri meledak dua jaringan pada babak kedua.
Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.
Kementerian Perpaduan Negara aktifkan Skuad Ihsan MADANI
Skuad Ihsan MADANI adalah bukti komitmen kementeriannya dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti dan empati masyarakat.
Amalan sharenting dedah kanak-kanak kepada bahaya dalam talian - CMCF
Amalan sharenting atau menunjuk-nunjuk mendedahkan kanak-kanak kepada risiko bahaya dalam talian dan mencetuskan kebimbangan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Sektor kesihatan, pendidikan mungkin sasaran utama serangan ransomware pada 2025 - Sophos
Sektor penjagaan kesihatan dan pendidikan dijangka menjadi sasaran utama serangan perisian tebusan atau "ransomware" tahun depan, menurut penyedia penyelesaian keselamatan siber, Sophos Ltd.
MAHB catat 11.2 juta pergerakan penumpang pada November, hampir paras sebelum pandemik
Pergerakan penumpang antarabangsa menyumbang 54 peratus kepada jumlah trafik, melebihi bahagian trafik sebelum pandemik sebanyak 48 peratus.
Cari alternatif sebelum tamatkan insurans perubatan, pelan takaful - PPKM
PPKM mencadangkan beberapa alternatif untuk membantu pemegang polisi menguruskan kos penjagaan kesihatan swasta tanpa menamatkan perlindungan.
Malaysia sasar tingkat kerjasama, perdagangan dengan negara lain pada 2025 - Rafizi
Tiga aspek itu adalah keutamaan pembangunan, prinsip jiran yang baik serta pemikiran yang melangkaui perdagangan.
Ringgit ditutup rendah sedikit menjelang mesyuarat FOMC
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4670/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 pada Selasa.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.