KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka positif pada Isnin apabila dolar AS tidak berubah selepas data pengambilan pekerja Amerika Syarikat (AS) yang terkini menolak kebimbangan mengenai kemelesetan.
Pada 9.01 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6480/6545 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6580 pada Jumaat lepas.
Data ekonomi terkini daripada AS adalah bercampur-campur, menunjukkan ekonomi terbesar dunia itu kekal berdaya tahan walaupun terdapat kelemahan.
Sebanyak 216,000 pekerjaan baharu diwujudkan pada Disember, mengatasi unjuran sebanyak 170,000.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan adalah pada data inflasi AS pada minggu ini.
"Inflasi dijangka kekal stabil pada sekitar 3.2 peratus pada Disember manakala Indeks Harga Pengguna (IHP) teras diunjurkan susut kepada 3.8 peratus daripada 4.0 peratus sebelum ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding pound kepada 5.9132/9215 daripada 5.8891/8961 pada Jumaat lepas, susut berbanding euro kepada 5.0886/0957 daripada 5.0763/0823 minggu lepas dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.2144/2191 daripada 3.2038/2078 sebelum ini.
Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4968/5020 daripada 3.4944/4988 pada Jumaat lepas dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.4107/4364 daripada 13.4001/4236 sebelum ini.
Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.39 daripada 8.37/8.38 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.1 daripada 299.8/300.3 minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Pada 9.01 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6480/6545 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
Naratif kukuh kerajaan dorong ringgit antara mata wang berprestasi terbaik dunia - Rafizi
Rafizi berkata Malaysia berpotensi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sekiranya semua pihak memfokuskan untuk meningkatkan prestasi ringgit.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS susulan pengambilan untung
Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
Inflasi rendah dorong ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2000/2060 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi sejak 2 Feb, 2023 ketika ditutup hari ini.
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
IHP teras meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan pada Ogos, mengatasi jangkaan konsensus pada 0.2 peratus.