KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Rabu, didorong oleh jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus akibat peningkatan inflasi pada Mei 2024.
Peniaga berkata perkembangan itu berlaku ketika bank-bank pusat di serata dunia telah mula bertindak menurunkan kadar faedah masing-masing.
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.7065/7095 berbanding dolar AS daripada paras 4.7035/7070, sebelum ini.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar inflasi Malaysia meningkat kepada 2.0 peratus pada Mei lepas yang boleh mendorong BNM mengekalkan OPR semasa dalam usaha menguruskan inflasi.
"Dalam pada itu, realiti ketidaktentuan di Amerika Syarikat (AS) pula terbukti susulan pengumuman data ekonomi seperti Indeks Keyakinan Pengguna AS yang susut kepada 100.4 mata pada Jun daripada 101.3 mata pada Mei, 2024.
"Indeks Jangkaan juga turun kepada 73 mata pada Jun daripada 74.9 mata iaitu kekal di bawah nilai ambang 80 mata selama lima bulan berturut-turut yang lazimnya menunjukkan kemelesetan," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata ketidaktentuan berterusan antara pasaran dan Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka berterusan dengan pasaran menjangkakan kadar Fed berkemungkinan turun kepada 2.25 peratus menjelang suku pertama tahun depan.
"Berdasarkan skor itu, paras ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal sekitar RM4.71 dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9465/9486 daripada 2.9513/9537 pada akhir urus niaga Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 5.0411/0443 daripada 5.0440/0478, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.9697/9735 daripada 5.9687/9732.
Selain itu, ringgit turut mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara anggota ASEAN lain.
Ini termasuk meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7995/8115 daripada 12.8294/8431 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4739/4764 daripada 3.4763/4792.
Ringgit bagaimanapun turun berbanding rupiah Indonesia kepada 287.3/287.7 daripada 287.1/287.5 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.00/8.02 daripada 8.00/8.01, sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.7065/7095 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
UTM terima 3,154 pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025
Seramai 2,977 pelajar mendaftar pengajian di kampus UTM Johor Bahru dan 177 pelajar di kampus UTM Kuala Lumpur.
Malaysia alu-alukan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan organisasi media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS susulan pengambilan untung
Mata wang tempatan berkurangan kepada 4.1430/1485 berbanding 4.1275/1310 semasa ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, melonjak ke paras tertinggi dalam 34 bulan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ke paras tertinggi dalam 34 bulan, selepas China mengumumkan pakej rangsangan yang bertujuan mencergaskan kembali ekonominya.
Inflasi rendah dorong ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2000/2060 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi sejak 2 Feb, 2023 ketika ditutup hari ini.
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
IHP teras meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan pada Ogos, mengatasi jangkaan konsensus pada 0.2 peratus.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas BNM kekalkan kadar pada 3 peratus
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat selepas BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.