KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini agak lemah berbanding dolar AS selepas kemunculan kegiatan pengambilan untung berikutan kenaikan kukuh minggu lepas.
Pada jam 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.1405/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1370 pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas.
Menurut Kenanga Investment Bank Bhd, ringgit mengakhiri urus niaga minggu lepas dengan mengukuh di bawah paras 4.14 berbanding dolar AS untuk pertama kalinya sejak 18 Jun, 2021.
Ini didorong oleh peningkatan mata wang yuan di tengah-tengah keyakinan AS-China selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping bercakap untuk pertama kalinya pada 10 Sept sejak Februari tahun ini.
Bergerak ke hadapan, bank pelaburan itu berkata walaupun berhadapan dengan tekanan jualan kerana kegiatan pengambilan untung, ringgit dijangka kekal kukuh berikutan kelemahan nilai dolar AS selain sentimen rancak pasaran susulan perkembangan positif hubungan AS-China.
"Prestasi ringgit juga akan menjejaki perkembangan COVID-19 di dalam negara," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Bagaimanapun, Kenanga menambah indikator purata pergerakan eksponen (EMA) memberi petanda akan berlaku pembalikan dalam trend dolar AS-ringgit dengan ringgit dijangka menyusut berbanding dolar AS sebanyak 0.27 peratus kepada 4.147 minggu ini.
"Secara teknikal, pergerakan dolar AS-ringgit mungkin bergerak ke arah paras halangan pertama 4.149 dan berpotensi menguji paras halangan kedua 4.162, yang menunjukkan corak menaik untuk dolar AS.
Namun begitu, peningkatan ke arah paras sokongan 4.129 akan mengesahkan kekuatan ringgit," katanya.
Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya kukuh berbanding mata wang utama yang lain kecuali berbanding yen yang mana unit tempatan lemah kepada 3.7651/7692 daripada 3.0867/0892 Jumaat lepas.
Berbanding dolar Singapura, ringgit mengukuh kepada 3.0844/0882 daripada 3.0867/0892, berbanding pound, ia meningkat kepada 5.7280/7342 daripada 5.7347/7388 sebelumnya.
Mata wang tempatan itu lebih tinggi berbanding euro kepada 4.8879/8932 daripada 4.8934/8970 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Pada jam 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.1405/1450 berbanding dolar AS.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.