Anda tiba di stesen KTM, LRT atau Monorel. Anda beli tiket ke destinasi yang mahu dituju.
Anda kemudiannya menaiki tren dan turun setelah tiba ke destinasi.
Ini rutin hampir kesemua warga kota yang menggunakan tren untuk bergerak, sama ada ke tempat kerja setiap hari atau bersiar-siar pada hari minggu.
Tetapi bayangkan jika pengalaman rutin ini boleh menjadi jauh lebih baik dari yang anda bayangkan?
Bayangkan jika tren yang anda naiki boleh memberitahu anda jika terdapat sebarang halangan atau kesesakan di kawasan berhampiran stesen, dan mencadangkan anda jalan pintas untuk ke pejabat selepas turun dari tren?
Malah naik sahaja tren, ia sudah boleh memberitahu waktu anda akan sampai ke pejabat.
Atau mungkin anda pelancong yang menaiki tren untuk melawat tempat-tempat menarik di sesebuah bandar.
Bayangkan jika anda tidak perlu menggunakan aplikasi Google semua tempat yang anda ingin lawati kerana dalam perjalanan ke sana, tren yang anda naiki sudah boleh beritahu anda tempat-tempat menarik seperti mercu tanda atau restoran yang berdekatan dengan stesen perhentian?
Ini semua mungkin berbunyi seperti suatu kemungkinan yang jauh, malah mungkin futuristik.
Mungkin juga tidak.
Konsep “The Internet of Things”
Internet sudah lama menjadi sebahagian dari kehidupan manusia.
Selepas itu, tercipta pula pelbagai telefon pintar dan peranti yang boleh menghubungkan sesiapa saja kepada internet, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Lahirnya globalisasi internet, maklumat tanpa sempadan, media sosial.
Kini, selepas lebih dua dekad internet dicipta, apa seterusnya?
Kini ia bukan saja telefon pintar dan peranti lagi. Semakin banyak gajet dalam kehidupan anda boleh disambung kepada internet dan dijadikan “pintar”, dari peti sejuk ke jam tangan ke kereta pintar.
"Internet of Things (IoT) adalah revolusi seterusnya," kata Roger Kay, penganalisis Endpoint Technologies Associates.
"Berbilion gajet boleh dihubungkan. Ini pasaran yang sangat besar, setiap syarikat teknologi dunia berebut untuk menerajui revolusi IoT."
Melalui platform IoT, semua gajet di rumah anda mempunyai sambungan internet dan boleh menarik apa-apa maklumat untuk membawa fungsi mereka ke satu peringkat baru.
Peti sejuk anda boleh mencadangkan resipi masakan sesuai berdasarkan apa yang di dalam peti.
Ketuhar anda boleh berhubung kepada internet dan memberitahu anda tempoh atau suhu pembakaran yang sesuai bagi pastri yang anda sedang masak.
Atau mungkin anda anda seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat. Mungkin sofa di ruang tamu boleh mengesan berapa lama anda duduk dan memberitahu anda bila untuk bangun dan bersenam untuk mencapai berat badan sasaran anda.
Firma penyelidikan IDC berkata, pasaran untuk IoT akan berkembang dari AS$1.9 trilion pada 2013 kepada AS$7.1 trilion pada 2020.
“Internet of Things” dan pengangkutan awam Malaysia?
Menyedari luasnya kemungkinan yang boleh diteroka, NanoMalaysia Berhad, Scomi Engineering Bhd dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) memeterai persetujuan bagi membangunkan sistem pengangkutan awam pintar di Malaysia berdasarkan platform IoT dan teknologi nano.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Scomi, Rohaida Badaruddin kerjasama bersama NanoMalaysia dan MDEC membolehkan syarikat itu memperkenalkan standard baru dalam sistem pengangkutan urban.
“Kami yakin dapat menjadi pemangkin untuk sistem pengangkutan awam Malaysia beralih ke era IoT dan pada masa yang sama, mewujudkan faedah alam sekitar yang lebih besar,” katanya.
“Teknologi Nano memudahkan peralihan ke IoT melalui pengecilan peranti untuk menjadikannya lebih mudah alih, sekaligus meningkatkan penggunaan,” tambah Dr. Rezal Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia.
Sementara itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood, pihaknya bersedia membantu Scomi untuk menerajui pengangkutan pintar di Malaysia.
“IoT mewakili revolusi seterusnya dalam masa depan teknologi. Ia mempunyai potensi amat besar yang hanya menunggu untuk diterokai,” ujarnya.
NanoMalaysia, Scomi dan MDEC masih belum memperincikan sebarang projek khusus atau jangka masa terperinci pembangunan.
Namun, kerjasama antara ketiga-tiga entiti ini bermakna masa depan sistem tren pintar di Malaysia adalah satu kemungkinan yang kini hampir menjadi realiti.
Luqman Hariz
Sun Apr 17 2016
![Revolusi sistem tren pintar di Malaysia Revolusi sistem tren pintar di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460876742_MOUScomi.jpg)
NanoMalaysia Berhad, Scomi Engineering Bhd dan MDEC memeterai persetujuan bagi membangunkan sistem pengangkutan awam pintar di Malaysia. - Foto Astro AWANI / Luqman Hari
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740134070_cabul.jpg)
Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
![[KOLUMNIS] Mendefinisikan semula pembangunan melalui Rubanisasi: Mewujudkan visi MADANI [KOLUMNIS] Mendefinisikan semula pembangunan melalui Rubanisasi: Mewujudkan visi MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/61532728349_KampungBaru.jpg)
[KOLUMNIS] Mendefinisikan semula pembangunan melalui Rubanisasi: Mewujudkan visi MADANI
Rubanisasi merupakan jalan menuju Malaysia yang lebih adil, lestari, dan tangguh, menetapkan preseden global untuk pertumbuhan seimbang dalam dunia yang semakin saling terhubung.
![Semangat patriotisme penting dalam dunia globalisasi - Zulkifli Semangat patriotisme penting dalam dunia globalisasi - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628745142_DatukDrZulkifliMo.jpg)
Semangat patriotisme penting dalam dunia globalisasi - Zulkifli
Islam menggariskan dengan jelas tentang patriotisme khususnya berhubung kait dengan kepentingan untuk mempertahankan keselamatan dan maruah negara.
![Adakah wabak COVID-19 bukti globalisasi perlu disekat? Adakah wabak COVID-19 bukti globalisasi perlu disekat?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81588070967_covidwashington.jpg)
Adakah wabak COVID-19 bukti globalisasi perlu disekat?
Benarkah hujah yang mendakwa penularan COVID-19 bukti globalisasi adalah penyebab utama masalah pandemik ini?
![COVID-19: Dunia harus bekerjasama, pastikan globalisasi tidak mati - IMF COVID-19: Dunia harus bekerjasama, pastikan globalisasi tidak mati - IMF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81586902425_IMF.jpg)
COVID-19: Dunia harus bekerjasama, pastikan globalisasi tidak mati - IMF
Respons polisi domestik dan antarabangsa harus besar dan dilaksanakan dengan pantas, berlandaskan data baharu.
![Bila-bila masa Malaysia boleh disekat seperti Iran dan Qatar - Dr Mahathir Bila-bila masa Malaysia boleh disekat seperti Iran dan Qatar - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576903845_MahathirMohamad.jpg)
Bila-bila masa Malaysia boleh disekat seperti Iran dan Qatar - Dr Mahathir
Memetik Qatar dan Iran sebagai contoh, Dr Mahathir berkata, kedua-dua negara itu telah dikenakan sekatan sebelum ini, tetapi masih mampu bertahan dalam era globalisasi masa kini.
![#MyAPEC2020: Bukan lagi soal kekayaan, tetapi kemakmuran inklusif #MyAPEC2020: Bukan lagi soal kekayaan, tetapi kemakmuran inklusif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575862415_BPHAIRILjpg.jpg)
#MyAPEC2020: Bukan lagi soal kekayaan, tetapi kemakmuran inklusif
Kesatuan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berperanan dalam mengurus persepsi negatif terhadap perdagangan dan pelaburan menerusi konsep Kemakmuran Bersama.
!['Berfikir di luar kotak' perlu untuk negara terus kompetitif 'Berfikir di luar kotak' perlu untuk negara terus kompetitif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51534495866_DatukDrYusofYacob.jpg)
'Berfikir di luar kotak' perlu untuk negara terus kompetitif
Untuk mencapai matlamat itu, inovasi diperlukan bagi memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan semasa terutamanya dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.
![Guru perlu bersedia tempuh cabaran Revolusi Industri - Maszlee Guru perlu bersedia tempuh cabaran Revolusi Industri - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463302887_gurucikguteacher.jpg)
Guru perlu bersedia tempuh cabaran Revolusi Industri - Maszlee
Guru perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa.
![Malaysia terus perjuangkan perdagangan bebas yang adil Malaysia terus perjuangkan perdagangan bebas yang adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41542265128_TunM.jpg)
Malaysia terus perjuangkan perdagangan bebas yang adil
Malaysia akan terus memperjuangkan perdagangan bebas yang adil bagi melindungi kepentingan negara-negara membangun, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
![WEF2018: Iklim, keganasan, anti-global cabaran utama corak tamadun manusia - Modi WEF2018: Iklim, keganasan, anti-global cabaran utama corak tamadun manusia - Modi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81516764304_IndiaPrimeMinister.jpg)
WEF2018: Iklim, keganasan, anti-global cabaran utama corak tamadun manusia - Modi
Perdana Menteri India, Narendra Modi menggariskan tiga cabaran utama dalam mencorakkan tamadun manusia iaitu perubahan iklim, terrorisme dan anti-globalisasi pada ucapan beliau di WEF, Davos-Kloster