Malaysia masih boleh meningkatkan akses pasaran ke India walaupun sekiranya negara itu menarik diri daripada Perundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), demikian Dewan Rakyat dimaklumkan pada Khamis.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata ini dapat dilakukan menerusi kajian semula Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (MICECA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-India.
Jika India menarik diri daripada RCEP, ia akan mengurangkan impak dari segi saiz pasaran, kata kementerian itu dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Ia bagi menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang ingin tahu mengenai status rundingan dan kesan India menarik diri daripada RCEP.
Menurut data Bank Dunia pada 2018, RCEP dengan penglibatan India akan membolehkan Malaysia mengakses 47.5 peratus saiz pasaran atau hampir separuh jumlah penduduk dunia iaitu 3.6 bilion orang.
MITI berkata, pada tahun ini, lima mesyuarat RCEP secara maya telah diadakan bagi peringkat ketua perunding Jawatankuasa Rundingan Perdagangan (TNC) iaitu pusingan ke-29 (20-24 April), pusingan ke-30 (13-20 Mei), Mesyuarat Khas TNC (10-11 Jun), pusingan ke-31 (9 Julai) dan Mesyuarat Intersesi TNC ke-8 (7 Ogos).
Selain itu, mesyuarat intersesi ke-10 peringkat menteri turut dijalankan secara maya pada 23 Jun.
Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk memuktamadkan beberapa isu tertunggak yang telah disebutkan sebelum ini, kata kementerian berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 13 2020
MITI berkata, pada tahun ini, lima mesyuarat RCEP secara maya telah diadakan bagi peringkat ketua perunding Jawatankuasa Rundingan Perdagangan (TNC). - Gambar hiasan
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 8 jalan Bahau-Kemayan, Jempol, awal pagi ahad.
Ketua polis daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook dalam kenyataan berkata kejadian pada 2.30 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda dinaiki mangsa dengan kereta jenis Perdana V6 dipandu seorang lelaki 30 tahun.
Ketua polis daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook dalam kenyataan berkata kejadian pada 2.30 pagi itu membabitkan motosikal jenis Honda dinaiki mangsa dengan kereta jenis Perdana V6 dipandu seorang lelaki 30 tahun.
[TERKINI] Kes pukul OKU: Lima individu telah ditahan, polis lengkapkan siasatan
Lima individu telah ditahan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman.
Pukul OKU: Lima suspek ditahan, beberapa individu dikesan bantu siasatan - Polis
Kesemua suspek yang berusia di antara 18 dan 60-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
Diskaun 10-30 peratus servis kereta di PETRONAS AutoExpert - Armizan
"Pengguna-pengguna boleh mendapat diskaun 10-30 peratus untuk menservis kereta dalam tempoh yang akan diumumkan bagi minyak pelincir, mineral dan semi sentetik," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
Pogram ini akan dimulakan pada 24-28 Januari bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Pogram ini akan dimulakan pada 24-28 Januari bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Henti spekulasi, jangan beri tekanan, biar siasatan selesai - Armizan
“Saya belum terima keputusan siasatan, tiada keperluan pun untuk beri keputusan kepada saya. Saya rasa biarkan kes ini ikut aturan undang-undang, beri ruang kepada siasatan.
“Siasatan bukan hanya kepada Jabatan Kimia itu sahaja tetapi melalui pelbagai proses secara menyeluruh, komitmen kerajaan adalah biar ia dibuat secara telus, segera dan tunggu keadilan berjalan dengan sebaiknya,” katanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
“Siasatan bukan hanya kepada Jabatan Kimia itu sahaja tetapi melalui pelbagai proses secara menyeluruh, komitmen kerajaan adalah biar ia dibuat secara telus, segera dan tunggu keadilan berjalan dengan sebaiknya,” katanya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.
AWANI Ringkas: PM hadiri WEF 2025 di Davos
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trak bantuan pertama WFP masuk Gaza
Trak bantuan pertama dari program makanan sedunia (WFP) memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom
Gencatan senjata: Lebih 550 trak bantuan masuk Gaza hari pertama
Lebih 550 trak bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan Rafah pada Ahad, hari pertama pelaksanaan perjanjian gencatan senjata.
Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Majlis angkat sumpah akan dipindahkan ke dalam bangunan Capitol disebabkan cuaca sejuk.
Dari neraka kini di 'syurga' - Banduan palestin
Pertunjukan bunga api diadakan sebagai simbolik sambutan ketika bas yang membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah, Tebing Barat, di mana ribuan orang menunggu untuk menyambut mereka.
Salah seorang banduan, Abdelaziz Atawneh mengibaratkan pembebasannya seperti meninggalkan neraka, dan kini berada syurga.
Salah seorang banduan, Abdelaziz Atawneh mengibaratkan pembebasannya seperti meninggalkan neraka, dan kini berada syurga.
[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah
Malaysia telah menetapkan sasaran berani melalui Misi #25CPI, iaitu mencapai kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.
DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.