BEIJING: Jumlah import dan eksport antara China dengan 14 negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) merekodkan RMB2.86 trilion (RM1.88 trilion) pada suku pertama tahun ini, meningkat sebanyak 6.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
RECP yang dikuatkuasakan pada 1 Januari, merangsang perdagangan negara-negara terlibat dan menyuntik kedinamikan baharu ke dalam ekonomi rantau ini.
Dengan rangsangan RCEP, kebanyakan wilayah di China mencapai pertumbuhan perdagangan dengan negara anggota RCEP.
Pada suku tahun pertama, perdagangan Hainan dengan anggota RCEP menyumbang lebih 30 peratus dalam dagangan keseluruhan provinsi itu, manakala import dan eksport Hainan dengan anggota RCEP meningkat sebanyak 45.8 peratus.
Pada masa sama, import dan eksport antara Jiangxi dengan anggota RCEP berjumlah RMB46.72 bilion (RM30.73 trilion), meningkat 45 peratus.
Selain itu, lebih 210,000 TEU barangan telah dihantar melalui pengangkutan gabungan darat dan lautan dari Guangxi ke negara anggota RCEP, meningkat lebih 50 peratus.
Pengarah Pusat Penyelidikan Kerjasama Ekonomi Serantau Institut Penyelidikan Kementerian Perdagangan China, Zhang Jianping berkata peraturan ekonomi dan perdagangan RCEP mewakili hala tuju pengembangan peraturan perdagangan dan pelaburan antarabangsa pada abad ke-21.
"Sebanyak 15 anggota merapatkan hubungan kerjasama dalam rantaian nilai global, sekali gus memberi rangsangan kepada peranan 'lokomotif' ekonomi Asia-Pasifik, dan memberikan sumbangan baharu kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022

RECP yang dikuatkuasakan pada 1 Januari, merangsang perdagangan negara-negara terlibat dan menyuntik kedinamikan baharu ke dalam ekonomi rantau ini. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

RCEP punyai potensi besar tingkatkan ekonomi serantau - Ismail Sabri
Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berpotensi besar menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi, inovasi dan kesalinghubungan di rantau Asia Pasifik.

Malaysia perluas hubungan perdagangan: Pastikan pelaksanaan ACFTA, RCEP berjaya
Malaysia berazam untuk memperluas hubungan perdagangan negara dengan memastikan kejayaan pelaksanaan perjanjian ACFTA dan RCEP.

Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI
MITI menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan CPTPP dan RECEP oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.

Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.

Perdagangan luar China lepasi RMB20 trilion
Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) menyifatkan prestasi itu selaras dengan jangkaan selepas meraih pertumbuhan sebanyak 2.1 peratus.

Sri Lanka minta sokongan Indonesia untuk sertai RCEP
Menteri Luar Sri Lanka, Ali Sabry, bertemu dengan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati, di Jakarta pada Khamis.

RCEP dikuat kuasa secara menyeluruh babitkan semua 15 ahli
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dikuat kuasa secara rasmi di Filipina pada Jumaat, menandakan kesemua 15 anggota meratifikasi perjanjian berkenaan, lapor Xinhua.

FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.

MYEG meterai perjanjian dengan China Customs bagi pemudahan perdagangan rentas sempadan
Sijil lain yang berkaitan dengan perdagangan rentas sempadan seperti jaminan makanan, kuarantin dan dokumen kargo juga boleh dikeluarkan di platform blockchain itu.