KUALA LUMPUR: Rangka Kerja Kerjasama dalam Ekonomi Digital Malaysia-Singapura boleh menjadi contoh kepada negara ASEAN lain dalam menyediakan tenaga kerja, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat permulaan mereka untuk dekad digital.
"Melalui kerjasama ini, Malaysia berharap dapat mempelajari dan berkongsi amalan terbaik yang akan memudahkan pembinaan bakat, menaik taraf infrastruktur dan lain-lain sama ada dalam sektor awam atau swasta," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semalam.
Bagi Rangka Kerja Kerjasama dalam Ekonomi Hijau, katanya, Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan Singapura dalam pengetahuan teknikal untuk keperluan pengawalseliaan bagi kenderaan elektrik (EV), kenderaan autonomi dan inisiatif ekonomi hijau seperti kredit karbon dan lain-lain.
"Ini termasuk penyeragaman garis panduan industri, keperluan teknikal, tatakelakuan, undang-undang dan peraturan serta program pembinaan kapasiti," katanya kepada media di Singapura selepas majlis menandatangani Rangka Kerja Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau Malaysia dan Singapura.
Majlis pemeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
"Rangka kerja kerjasama ini merupakan inisiatif antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura untuk meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi digital dan ekonomi hijau.
"Insya-Allah, kerjasama dua hala dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau ini berpotensi untuk memacu pembangunan industri kedua-dua negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan bagi Malaysia dan Singapura.
"Saya bersetuju dangan banyak prinsip yang disebut oleh Perdana Menteri dari segi pertumbuhan ekonomi yang bermakna.
"Malah, dari dahulu, saya selalu berkongsi dengan media bahawa pertumbuhan ekonomi perlu memanfaatkan rakyat, dari segi peluang pekerjaan dan pemerkasaan rakyat untuk membina sebuah kehidupan yang baik, bukan memanfaatkan syarikat-syarikat besar sahaja," katanya.
Beliau berkata prinsip ini juga perlu diterapkan dalam apa-apa perjanjian dua hala atau pelbagai hala - termasuk dari segi Rangka Kerja Kerjasama dengan Singapura dalam Ekonomi Hijau dan Ekonomi Digital.
"ASEAN memerlukan satu kepimpinan yang kuat untuk kemampanan masa depan rakyatnya. Pada pendapat saya, kerjasama dengan Singapura dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau ini mampu menyediakan kepimpinan tersebut untuk menyumbang kepada kemakmuran ASEAN pada masa depan," katanya.
Mengenai prospek pelaburan untuk Malaysia, Tengku Zafrul mengakui terdapat persaingan yang kuat dan terdapat bidang untuk ditingkatkan, terutamanya dalam industri yang ingin diberi tumpuan.
Menurut data MITI yang dikeluarkan baru-baru ini, Singapura menyumbang nilai eksport terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN iaitu RM232.57 bilion pada 2022, diikuti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Singapura, Thailand dan Indonesia merupakan tiga destinasi eksport utama pada 2022, menyumbang 78.3 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke ASEAN.
Eksport ke hampir semua negara ASEAN mencatatkan rekod tertinggi baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023
Anwar dan Lee menyaksikan majlis menandatangani dua Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau antara Tengku Zafrul dan rakan sejawatan dari Singapura, Gan Kim Yong di The Istana, Singapura, 30 Jan. --fotoBERNAMA
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.