KUALA LUMPUR: Masyarakat Malaysia disaran merancang kewangan peribadi yang lebih baik bagi mengelak tekanan perubahan perbelanjaan pada masa akan datang.
Langkah itu perlu berikutan pemborong dan peniaga dijangka menjual barangan dengan harga lebih tinggi susulan ketidaktentuan ekonomi masa kini.
Demikian pandangan disuarakan Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) Prof Dr Faridah Hassan, yang juga pensyarah Institut Kecemerlangan Perniagaan di Universiti Teknologi MARA.
"Pemborong memang tugasnya untuk membeli barang dan diagih-agihkan. Manakala peruncit pula, mereka mengambil barangan ini untuk dijual kepada pengguna.
"Dari segi peratusnya, peruncit lebih tinggi daripada pemborong kerana mereka mengambil barangan tersebut dan menjual dengan kadar yang lebih tinggi.
"Kerisauannya di sini adalah pada pihak pengguna. Saya bagi pihak MACFEA ingin mengajak semua pengguna dan rakyat untuk lebih prihatin cara kita berbelanja.
"Kita perlulah menjadi pengguna bijak, kena tahu merancang kewangan peribadi, yang lebih tertera dari masa ke semasa," ujar Faridah ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI.
Tambah beliau, walaupun nilai-nilai jualan, indeks, jualan borongan dan peruncitan meningkat, nilai matawang pengguna untuk membeli barangan perlu diambil kira.
Pada masa sama, beliau tidak menolak kadar inflasi, kadar dasar semalaman (OPR) dan nilai ringgit mampu memberi kesan kepada nilai jualan borongan.
"Memang ia menjadi satu kekhuatiran dan risiko yang tinggi kalau kita berdagang dengan pihak luar, melainkan kita yang mendapat keuntungan.
"Jadi, selaras dengan konsep 'let the buyer beware', kita sebagai pengguna mesti mengambi inisiatif, perlu berhati-hati dalam berbelanja," kata Faridah.
Ditanya soal kesan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terhadap kuasa beli pengguna, beliau tegaskan ia boleh mempengaruhi corak perbelanjaan individu.
"Perancangan kewangan yang baik juga perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi apabila kita bakal menghadapi PRU15. Sudah tentu, akan wujudnya perubahan terhadap perbelanjaan," ujarnya.
Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia mengeluarkan data Prestasi Perdagangan Borong dan Runcit, Ogos 2022 yang mencatatkan rekod baharu dengan kenaikan 33.7 peratus tahun ke tahun kepada RM133.7 bilion.
Peningkatan tersebut disumbangkan oleh semua subsektor perdagangan runcit yang meningkat RM14.6 bilion atau 34.5 peratus kepada RM57 bilion.
Fahmi Izuddin
Thu Oct 13 2022
Faridah menasihatkan masyarakat Malaysia supaya menjadi pengguna bijak yang tahu merancang kewangan peribadi. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Rancang kewangan, elak tekanan perubahan perbelanjaan - Pakar ekonomi
Faridah berkata, pemborong dan peniaga dijangka menjual barangan dengan harga lebih tinggi susulan ketidaktentuan ekonomi masa kini.