Kali ini anugerah berprestij yang memasuki pengiktirafan kali ke-13 itu menampilkan empat kategori utama.
Penganjur , RAM Rating Services Berhad, pengiktirafan ini penting memandangkan pertumbuhan pantas pasaran modal bon dan sukuk Malaysia.
Antara anugerah yang diberikan ialah anugerah Malaysian Innovation Deal of the Year 2015 yang diberikan kepada Khazanah Nasional Berhad bagi program Sukuk Ihsan bernilai RM1 bilion.
Program ini dilihat sebagai satu penawaran luar biasa terutamanya dari segi inovasi dan merupakan yang pertama seumpamanya dalam pasaran di negara ini.
Menurut Pengarah Bahagian Kewangan Khazanah Nasional Berhad, Hafizuddin Sulaiman, persekitaran yang kondusif serta minat menceburi segmen baru pelaburan mendorong Khazanah melaksanakan terbitan tersebut.
"Persekitarannya kondusif, juga wujud platform yang sesuai dan kita hendak menceburi segmen baru pelaburan.
"Oleh itu, bagi kami melalui SRI Sukuk kami boleh menceburi pasaran dengan cemerlang," kata Hafizuddin.
Menurut RAM Rating anugerah Malaysian Innovation Deal of the Year ini hanya diberikan jika wujud calon yang bersesuaian.
Sementara itu, CIMB Investment Bank Berhad memenangi 8 daripada 26 anugerah yang diberikan.
"Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami yang sentiasa menyokong kami dan juga kerjasama yang diamalkan di CIMB.
"Kami di CIMB mengamalkan usahasama dalam aktiviti harian dan sentiasa memberikan motivasi kepada satu sama lain untuk meneruskan kerja yang baik.
"Amalan baik ini kini dilaksanakan oleh seluruh organisasi kami dan ini membantu kejayaan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Sdn. Bhd., Datuk Kong Sooi Lin.
Antara anugerah yang dimenangi CIMB ialah kesemua anugerah Pengurus Utama Terbaik dan Anugerah merit.