KUALA LUMPUR: Barisan Lembaga Pengarah Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) mengumumkan bahawa Rafiza Ghazali akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 31 Mei 2022.
Sementara itu, pihak Lembaga Pengarah telah melantik Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke sebagai Pemangku. Pelantikan itu berkuat kuasa 1 Jun 2022 sehingga penggantian tetap disahkan.
Rafiza telah memainkan peranan penting dalam meluaskan mandat bagi Cradle yang telah melangkau sekadar pemberian geran, kepada peranan terkini sebagai peneraju ekosistem 'start-up' melalui Strategi MYStartup.
Sepanjang perkhidmatannya, Cradle telah dilantik sebagai ‘focal point’ untuk Ekosistem Start-up Malaysia dan sebagai agensi penyelaras untuk Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia 2021-2030 (SUPER).
Dengan sokongan Kementerian Kewangan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), pihak Lembaga Pengarah kini menjalankan proses semakan dan penilaian yang teliti untuk mengenalpasti pengganti yang terbaik bagi Rafiza.
Pelantikan baharu akan diumumkan setelah keputusan dan kelulusan yang sewajarnya telah diperolehi.
Pengerusi, Cradle, Datuk Yvonne Chia berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, Rafiza telah bekerja dengan efektif dengan semua pemegang berkepentingan utama dan menunjukkan keupayaannya dalam meletakkan Cradle untuk memainkan peranan kepimpinan dalam Ekosistem Start-up Malaysia.
“Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Rafiza di atas sumbangan beliau kepada Cradle dan komuniti 'start-up'.
"Di atas kapasiti individu, Rafiza juga telah menetapkan tanda aras bagi penyertaan wanita memegang jawatan kanan dalam arena digital dan start-up. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Rafiza dalam perancangan masa hadapan beliau," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Lembaga Pengarah akan terus bekerjasama rapat dengan Norman dan Pengurusan Kanan di Cradle untuk memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan dengan lancar. - DagangNews.com
Dagang News
Tue May 24 2022
![Rafiza Ghazali letak jawatan CEO Cradle Rafiza Ghazali letak jawatan CEO Cradle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653354322_RafizaGhazali.jpg)
Rafiza telah memainkan peranan penting dalam meluaskan mandat bagi Cradle yang telah melangkau sekadar pemberian geran, kepada peranan terkini sebagai peneraju ekosistem 'start-up' melalui Strategi MYStartup. - DagangNews
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![Rafiza Ghazali letak jawatan CEO Cradle Rafiza Ghazali letak jawatan CEO Cradle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653354322_RafizaGhazali.jpg)
Rafiza Ghazali letak jawatan CEO Cradle
Pelantikan baharu akan diumumkan setelah keputusan dan kelulusan yang sewajarnya telah diperolehi.
![40 syarikat pemula dipilih sertai program MYStartup Pre-Accelerator 40 syarikat pemula dipilih sertai program MYStartup Pre-Accelerator](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652401939_syarikatpemulad.jpg)
40 syarikat pemula dipilih sertai program MYStartup Pre-Accelerator
Program itu adalah sebahagian daripada strategi MYStartup yang dimulakan oleh MOSTI di mana ia bertujuan untuk mewujudkan syarikat pemula yang berjaya di peringkat global.
![MYHackaton 2020 pacu kerjasama rakyat-kerajaan, jayakan penyelesaian perkhidmatan secara digital MYHackaton 2020 pacu kerjasama rakyat-kerajaan, jayakan penyelesaian perkhidmatan secara digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638793633_MyHackthon.jpg)
MYHackaton 2020 pacu kerjasama rakyat-kerajaan, jayakan penyelesaian perkhidmatan secara digital
Julung kali diadakan di peringkat nasional, ia berjaya mengumpulkan lebih 400 idea dan 13 idea dipilih untuk direalisasi bersama agensi kerajaan.