QSR Brands merancang peluang lebih baik untuk eksport selain mengembangkan perniagaan sedia ada di Singapura, Brunei dan Kemboja selain di dalam negara.
Penasihat QSR Brands, Mohd Roslan Mohd Saludin berkata pihaknya juga akan mencuba mengatasi beberapa cabaran asas iaitu ayam yang terhad dalam pengeluaran.
"Sejak 10 tahun kebelakangan ini, atau sejak diambil alih Johor Corporation, pengguna khususnya mereka yang hendak melihat halal itu satu yang dipegang teguh oleh pihak syarikat telah dapat kita lihat dengan sokongan yang begitu baik ke semua jenama kita iaitu KFC, Pizza Hut dan Ayamas.
"Semua ini memberikan kita motivasi untuk berkembang dengan lebih luas lagi, dan mempelbagaikan lagi produk tawaran kepada masyarakat di luar sana.
"Kita akan usahakan dan pastikan ia halal dan terus komited kepada pelaksanaan halal," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas KFC Malaysia, antara jenama dari QSR Brands yang juga pengendali jenama Pizza Hut Malaysia, Ayamas dan Life menerima Anugerah Restoran Makanan Segera Terbaik di bawah Kategori Anugerah Jenama pada Anugerah Jenama Halal Asia (AHBA) 2019.
Anugerah itu mengiktiraf komitmen berterusan KFC Malaysia dalam menyediakan hidangan ayam KFC halal kepada rakyat Malaysia.
Anugerah itu diterima Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Bhd, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil.
Pada majlis itu juga, Presiden dan Ketua Eksekutif, Johor Corporation dan Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Bhd, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dinobat sebagai penerima Anugerah Personaliti.
AHBA merupakan penganugerahan serantau terkemuka yang mengiktiraf jenama halal terbaik ke peringkat antarabangsa.
Ia meliputi sektor seperti makanan dan minuman, hotel dan pelancongan, kecantikan dan kosmetik, penjagaan kesihatan dan perubatan, fesyen serta perkhidmatan perbankan dan kewangan.
Anugerah itu diaudit oleh firma perunding perakaunan profesional HML & Co.
Sementara itu, Pengarah Urusan Armani Media Group yang juga Pengerusi Penganjur, Datuk KK Chua menjelaskan, pihaknya berjaya mengumpulkan sebanyak 730 jenama halal untuk menyertai majlis berkenaan.
Pihaknya juga menyatakan menerima 433 pencalonan dari tujuh negara selain 55 penerima anugerah diumum pada majlis itu.
Wan Syamsul Amly
Sat Dec 07 2019
MOHD ROSLAN: Semua ini memberikan kita motivasi untuk berkembang dengan lebih luas lagi, dan mempelbagaikan lagi produk tawaran kepada masyarakat di luar sana. - Gambar ihalalfoundation.org
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Malaysia berjaya meraih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit semasa lawatan kerja Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin ke China baru-baru ini.
Lesen cetak al-Quran batal jika langgar APTQ
LPPPQ memutuskan pemegang Lesen Mesin Cetak al-Quran (LMCQ) akan dikenakan tindakan pembatalan lesen mesin cetak al-Quran sekiranya melanggar mana-mana syarat lesen.
Angkatan Tentera Indonesia, Malaysia lakukan rondaan sempadan bersama
TNI dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan rondaan bersama yang diselaraskan untuk memeriksa penanda sempadan di sepanjang sempadan Kalimantan Barat-Sarawak.
Malaysia dalam kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS - MIDF Amanah
Malaysia berada pada kedudukan terbaik sebagai hab serantau CCUS, menyumbang kepada amalan mampan dalam sektor minyak dan gas seperti yang ditekankan dalam NETR.
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Istiadat berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan.
Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya
Zelensky berkata beliau telah menugaskan Kerajaan Ukraine untuk menganjurkan acara itu menjelang November tahun ini.
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
QSR Brands rancang peluang lebih baik untuk kembangkan eksport
QSR Brands merancang peluang lebih baik untuk eksport selain mengembangkan perniagaan sedia ada di dalam negara, Singapura, Brunei dan Kemboja.