KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengukuh daripada paras RM3,200 per tan kepada RM4,000 per tan dipacu oleh prestasi semasa untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.
PublicInvest Research berkata, untuk tahun 2022, pihaknya mengunjurkan kenaikan harga MSM daripada RM2,700 per tan kepada RM3,500.
"Kami berpendapat momentum harga MSM semasa akan mampan sehingga suku pertama 2022.
"Selepas itu, harga MSM akan berkurangan kerana kami menjangkakan pengeluaran meningkat memandangkan penangguhan yang dilihat mengenai isu kekurangan pekerja asing di Malaysia," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.
Tambah firma tersebut, Walaupun kenaikan harga MSM berterusan sepanjang setahun yang lepas, kaunter perladangan tidak begitu gembira kerana hanya empat kaunter di bawah liputannya iaitu FGV, Sarawak Plantation, TSH dan Ta Ann merekodkan keuntungan sederhana.
"Harga MSM telah mencecah paras tertinggi sepanjang masa RM5,363 per tan dan menyaksikan kenaikan lebih 42% manakala Indeks Perladangan KLCI susut 3.8%.
"Kami percaya sebab utama prestasi harga saham yang tidak memberangsangkan mungkin disebabkan oleh diskaun ESG yang tinggi yang dilampirkan pada penilaian perladangan," katanya.
Dalam pada itu PublicInvest Research berkata, kebanyakan syarikat perladangan telah mengalami kekurangan pekerja yang teruk sejak dua tahun lepas berikutan penutupan sempadan antarabangsa semasa tempoh pandemik.
"Namun secara positif, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi baru-baru ini telah meluluskan 32,000 pekerja ladang asing, yang telah menerima vaksin COVID-19 untuk dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat mulai pertengahan Oktober.
"Kami berpendapat kesan tambahan 32,000 pekerja asing terhadap industri minyak sawit akan dirasai pada penghujung suku pertama 2022, yang berpotensi menghasilkan pemulihan tanaman, kitaran penuaian dan hasil MSM yang lebih baik," katanya.
Pihaknya mengekalkan panggilan Neutral terhadap sektor komoditi itu.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Nov 09 2021
Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengukuh daripada paras RM3,200 per tan kepada RM4,000 per tan dipacu oleh prestasi semasa untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini. -Gambar fail/Bernama
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.
FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.
Syarikat milik FGV dianugerah RM12.6 juta kes tamat kontrak bina rumah pekerja
AIAC memutuskan Multazam Development membayar FGV Plantations RM12.52 juta.
FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada 19,673 pekerja migran
FGV membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja migrannya dalam usaha menangani Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.
FGV komited sokong agenda keselamatan makanan negara
Razak berkata sekiranya semua petani dapat menggandakan hasil, negara tidak perlu lagi bergantung kepada import.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
FGV di landasan capai 50 peratus dapur isi rumah Malaysia guna jenama makanannya pada 2030
Saji dinobatkan sebagai 'Jenama Terunggul dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada 2022' oleh Kantar.