Public Bank Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Saitama Resona Bank dan Kinki Osaka Bank untuk menggalak dan mengukuhkan kerjasama antara bank masing-masing.
MoU itu juga akan memudahkan pembangunan bersama peluang perniagaan atas dasar kesaksamaan dan saling memberi manfaat, kata bank itu dalam satu kenyataan.
Saitama Resona Bank dan Kinki Osaka Bank ialah anak syarikat milik penuh Resona Holdings yang juga memiliki Resona Bank, kumpulan perbankan keempat terbesar di Jepun dengan operasi perniagaan kukuh di Tokyo dan wilayah Kansai.
Kerjasama perniagaan dengan Saitama Resona Bank dan Kinki Osaka Bank itu akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada pelanggan Public Bank.
Public Bank berkata kerjasama itu juga akan mengukuhkan sokongan perkhidmatan perbankan kepada pelanggan Saitama Resona Bank dan Kinki Osaka Bank, terutamanya dalam pasaran di mana Public Bank mempunyai rangkaian kukuh iaitu Malaysia, Kemboja, Vietnam, Laos, Hong Kong dan Sri Lanka.
Sebelum ini, Public Bank dan Resona Bank juga telah menjalin kerjasama perniagaan yang sama menerusi MoU yang dimeterai pada 2013.
Saitama Resona Bank memiliki francais bank serantau yang kukuh dengan 127 cawangan, yang mana 126 daripadanya terletak di Wilayah Saitama yang memiliki penduduk lebih 7.2 juta orang.
Sementara itu, Kinki Osaka Bank ialah bank serantau utama dengan 122 cawangan di Wilayah Osaka.
Bank itu terlibat dalam aktiviti perbankan runcit, menumpukan bukan sahaja kepada segmen perusahaan kecil dan sederhana tetapi juga segmen individu seperti gadai janji kediaman dan dana amanah pelaburan.
Bernama
Mon Jul 06 2015
Kerjasama perniagaan dengan Saitama Resona Bank dan Kinki Osaka Bank itu dikatakan akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada pelanggan Public Bank.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Public Bank bekerjasama dengan bank-bank Jepun
Public Bank Bhd memeterai MoU dengan Saitama Resona Bank dan Kinki Osaka Bank untuk menggalak dan mengukuhkan kerjasama antara bank masing-masing.