Proton X70 berjaya mencatatkan nombor pendaftaran yang memberangsangkan, dengan 2,979 unit telah didaftarkan pada Mac 2019, menjadikannya kenderaan utiliti sukan (SUV) paling laris untuk bulan tersebut dan SUV paling popular secara keseluruhan untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini, menurut Proton Holdings Bhd.
Pengeluar kereta nasional itu berkata ia telah menerima lebih 25,000 tempahan untuk X70 sekali gus, menjadikannya model Proton paling popular pada 2019.
Katanya jumlah keseluruhan industri (TIV) meningkat 11.8 peratus tahun ke tahun pada Mac, dan syarikat telah mengatasi pasaran dengan peningkatan pendaftaran sebanyak 46.1 peratus, bersamaan dengan kadar pertumbuhan hampir empat kali lebih tinggi daripada keseluruhan industri.
"Bagi tempoh tiga bulan pertama 2019, angka kumulatif adalah 43.5 peratus, atau lebih daripada enam kali bilangan TIV sebanyak 6.7 peratus.
"Kedudukan keseluruhan jualan Proton merupakan yang paling hadapan berbanding jenama pesaing lain bagi bulan itu dan suku pertama 2019," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Dr Li Chunrong berkata pencapaian itu berdasarkan pembukaan cawangan 3S/4S (khidmat jualan, servis, alat ganti serta ketuk dan cat), kualiti produk yang meningkat dan tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan.
"Dengan pelancaran pelbagai lagi model oleh syarikat pada tahun ini, Proton yakin pelaburannya dalam perniagaan akan terus memberi kelebihan kepada pertumbuhan jualan.
"Dengan jumlah penyerahan Proton X70 yang meningkat, kami berharap dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan kami.
"Pada masa sama, kami berusaha untuk memastikan setiap unit yang diserahkan mempunyai tahap kualiti yang tinggi kerana matlamat kami adalah untuk SUV baharu ini menjadi kenderaan yang diberi nilai tertinggi untuk Kajian Kualiti Awal (IQS) Malaysia pada 2019," kata Li dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2019
Proton SUV menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan penggemar SUV. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.
SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia
Acara yang sedang berlangsung di di KL Base, Sungai Besi tampilkan legenda automotif Shoji Inoue, Jin Horino dan Daijiro Inada dari Jepun.
Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan
Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.
Untung bersih DRB-Hicom susut 15.2 peratus disebabkan caj cukai lebih tinggi
Bagaimanapun, kumpulan itu merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus dalam PBT kepada RM210.76 juta berbanding RM200.77 juta sebelumnya.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu
CR-V serba baharu menawarkan pilihan khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai pelanggan.
Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB
Faktor utama peningkatan nilai pelaburan AHTV itu dipengaruhi oleh pemindahan operasi Proton dari Shah Alam ke Tanjung Malim.
Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia
'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur.
Proton jual 9,415 kenderaan pada April, naik 6.5 peratus dari tahun ke tahun
Proton merupakan satu-satunya jenama lima teratas yang merekodkan kenaikan jualan pada April.