Proton Holdings Bhd berhasrat mewujudkan operasi pengurusan kereta terpakai (UCM) di 36 cawangan 3S/4S seluruh negara tahun ini, berikutan permintaan yang kian meningkat untuk kereta-kereta terpakai.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengeluar kereta itu berkata corak pembelian baharu mula terlihat di pasaran sejak tercetusnya COVID-19, antaranya ialah pertumbuhan jualan kereta terpakai, yang mana menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah meningkat 100 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2020.
"Proton melihat ini sebagai sebahagian strategi penting dan mula memperkenalkan jabatan Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) bagi melancarkan penjualan dan pengedaran kereta terpakai dalam usaha meningkatkan penjualan kereta baharu," katanya.
Ketua Pengurusan Kereta Terpakai Brian Cheah berkata, dengan pertumbuhan jualan Proton yang meningkat pantas dan dijangka berterusan dalam beberapa tahun akan datang, peranan pengurusan kereta terpakai menjadi lebih penting dan syarikat akan membantu pelanggan yang ingin menukar ganti kereta terpakai mereka.
Beliau berkata sasaran yang ditetapkan untuk UCM adalah penggantian jualan, yang mana pemilik sedia ada menukar beli sebuah Proton baharu, dan menyumbang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah jualan bagi pusat jualan yang mempunyai perkhidmatan UCM.
Syarikat juga telah memperkenalkan program untuk membantu mencapai sasaran sepertiProton Xchange, yang direka untuk menggalakkan pemilik sedia ada menggantikan kereta mereka dengan model Proton baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 29 2020

Pertumbuhan jualan Proton dijangka meningkat pantas dan berterusan dalam beberapa tahun akan datang. - Gambar fail

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.

Proton perluaskan rangkaian pengurusan kereta terpakai
Dengan pertumbuhan jualan Proton yang meningkat pantas dan dijangka berterusan dalam beberapa tahun akan datang, peranan pengurusan kereta terpakai menjadi lebih penting