Proton Holdings Bhd menjelaskan diskaun istimewa kepada ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, bukan kes istimewa.
Tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada dasar diskaun istimewa kepada pelanggan jualan korporat dan fleet, dan ia adalah amalan perniagaan biasa dalam industri automotif untuk menawarkan diskaun jualan korporat berdasarkan pembelian secara pukal dan jualan fleet, menurut pengeluar kereta nasional itu dalam kenyataan pada Khamis.
Ia menjelaskan berhubung laporan akhbar berbahasa Cina bahawa Proton menawarkan diskaun antara lima dan 10 peratus bagi semua model keretanya kepada ahli kesatuan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia.
Proton berkata, tawaran istimewa yang diberikan kepada Persekutuan Hokkien merupakan sebahagian daripada pelan jualan korporat istimewa kepada pelanggan jualan fleet.
Proton juga ingin menegaskan bahawa akhbar itu turut melaporkan "Proton sentiasa menyediakan promosi jualan korporat/fleet kepada pelanggan korporat, persatuan, organisasi dan institusi (termasuk media), dan Persekutuan Hokkien bukan kes yang istimewa".
Katanya, Proton mempunyai pelan yang sama dengan pelbagai koperasi, persatuan dan organisasi korporat utama di Malaysia.
"Melalui cara yang sama, Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia, telah mengadakan perbincangan dengan kami dan menunjukkan sokongan kepada Proton dengan komitmen untuk membeli," kata Proton.
Berdasarkan kepada jumlah ahli dan pekerja persatuan itu yang besar, Proton berkata ia dapat membentuk pakej istimewa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Katanya mana-mana koperasi, organisasi dan persatuan yang membeli jumlah kereta tertentu turut layak untuk mendapat pelan istimewa jualan korporat ini, tertakluk kepada terma dan syarat antara Proton dan pihak yang berkenaan.
"Proton amat menghargai sokongan daripada syarikat korporat dan persatuan, dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada semua pelanggan kami.
"Kami menghargai minat yang diberikan kepada Proton dan kami mempelawa mana-mana persatuan dan syarikat korporat yang ingin menikmati faedah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018
![Proton jelaskan diskaun kepada Persatuan Hokkien bukan kes istimewa Proton jelaskan diskaun kepada Persatuan Hokkien bukan kes istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41516292732_Protonlogo.jpg)
Proton menjelas tawaran istimewa yang diberikan kepada Persekutuan Hokkien merupakan sebahagian daripada pelan jualan korporat istimewa kepada pelanggan jualan fleet. - Gambar Hiasan
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Usaha membasmi kemiskinan di Sabah antara menjadi tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
![PRK DUN Simpang Jeram: Jeganathan guna kelebihan bertutur bahasa Hokkien dekati pengundi PRK DUN Simpang Jeram: Jeganathan guna kelebihan bertutur bahasa Hokkien dekati pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693040183_SJeganathan.jpg)
PRK DUN Simpang Jeram: Jeganathan guna kelebihan bertutur bahasa Hokkien dekati pengundi
Ahli perniagaan yang juga bapa kepada enam anak itu berkata, perkara itu selaras dengan hasratnya bagi membantu golongan yang memerlukan.
![Ketua-ketua institusi agama Sarawak sepakat sokong program imunisasi COVID-19 Ketua-ketua institusi agama Sarawak sepakat sokong program imunisasi COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618302633_vaksinasisarawak.jpg)
Ketua-ketua institusi agama Sarawak sepakat sokong program imunisasi COVID-19
Ketua institusi agama di Sarawak menyeru agar orang ramai menyokong program imunisasi tersebut untuk sama-sama menjayakan misi mencapai imuniti kelompok.
![#AgongKita: Permaisuri Agong dedah punyai darah keturunan Cina #AgongKita: Permaisuri Agong dedah punyai darah keturunan Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61564283866_TBTunkuHajahAzizah.jpg)
#AgongKita: Permaisuri Agong dedah punyai darah keturunan Cina
Tunku Azizah bertitah, salasilah keluarganya berasal dari Guandong, China.
![Proton jelaskan diskaun kepada Persatuan Hokkien bukan kes istimewa Proton jelaskan diskaun kepada Persatuan Hokkien bukan kes istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41516292732_Protonlogo.jpg)
Proton jelaskan diskaun kepada Persatuan Hokkien bukan kes istimewa
Tawaran tersebut merupakan sebahagian daripada dasar diskaun istimewa kepada pelanggan jualan korporat dan fleet.