KUALA LUMPUR: Prospek bagi sektor perbankan Asia Pasifik dilihat lebih stabil, disokong oleh faktor keadaan ekonomi yang secara relatifnya kukuh, penampan kerugian lebih tinggi serta keuntungan yang semakin meningkat, kata Moody's Investors Service.
Firma penyelidikan itu berkata, prospek ekonomi kekal menyokong pertumbuhan serta kelayakan kredit bank-bank terbabit, walaupun dalam persekitaran menyederhana.
"Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebenar (KDNK) bagi kebanyakan pasaran Asia Pasifik adalah sederhana namun kekal sihat. Keadaan pasaran tenaga kerja yang ketat di pasaran lebih maju di Asia akan menampan impak inflasi yang tinggi serta kenaikan kadar faedah," katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.
Menurutnya, kelembapan ekonomi global akan memberi cabaran kepada pasaran yang lebih bergantung kepada perdagangan serta eksport seperti Bangladesh dan Mongolia selain pelancongan seperti Thailand.
Selain itu, keadaan pertumbuhan di China yang lebih perlahan akan memberi kesan langsung ke atas bank-bank di Hong Kong, China and Taiwan.
Pada masa sama, menerusi saluran lain, ini akan memberi kesan tidak langsung ke atas bank di Australia, Indonesia, Mongolia, New Zealand dan Thailand.
Moody's turut menjangkakan peningkatan risiko aset namun kenaikan kos kredit itu lebih sederhana berikutan langkah bank mengekalkan penampan untuk menyerap kerugian yang tinggi.
"Pertumbuhan ekonomi yang mereda, kadar faedah lebih tinggi serta kenaikan inflasi akan menyebabkan peningkatan sederhana bagi pinjaman bermasalah. Keadaan ini juga adalah terurus memandangkan negara-negara terbabit mencatat pemulihan sepanjang tempoh 2021 dan 2022.
"Kemerosotan kualiti aset dijangka lebih ketara di pasaran dengan tahap hutang sektor swasta yang lebih tinggi seperti di China, Thailand dan Vietnam," katanya.
Dalam pada itu, bank-bank di pasaran sedang pesat membangun Asia secara amnya mengekalkan penampan kerugian pinjaman lebih ketara berbanding di pasaran lebih maju, kata Moody's.
Menurutnya, pertumbuhan ekonomi yang perlahan di seluruh dunia akan turut memberi kesan negatif kepada pasaran pengeksport dalam Asia Pasifik, sekali gus meningkatkan risiko untuk bank.
"Penyusutan harga komoditi seterusnya boleh memberi kesan kepada bank-bank yang beroperasi di pasaran pengeksport komoditi seperti Australia, Indonesia, Malaysia dan New Zealand.
"Perdagangan global akan terjejas dan seterusnya menjejaskan ekonomi berteraskan pembuatan seperti Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Filipina dan Vietnam.
"Kemungkinan perdagangan barangan global yang perlahan juga akan memberi kesan negatif bagi hab kewangan perdagangan seperti Singapura dan Hong Kong," katanya.
Bagaimanapun, ia mengunjurkan bahawa nisbah modal teras kekal tidak berubah dalam kebanyakan sistem kerana peningkatan keuntungan akan menyokong nisbah modal dan tahap modal akan selaras dengan pertumbuhan aset wajaran risiko.
Langkah pembiayaan global yang ketat pula akan memberi impak sederhana memandangkan bank-bank di Asia Pasifik lebih dibiayai oleh deposit mata wang tempatan yang melindungi impak keadaan kewangan yang ketat di pasaran bon global, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
Menurut Moody's, prospek ekonomi kekal menyokong pertumbuhan serta kelayakan kredit bank-bank terbabit, walaupun dalam persekitaran menyederhana. - EPA
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Malaysia, Indonesia perintis inovasi kewangan awam Islam
Malaysia dan Indonesia diiktiraf sebagai perintis dalam membangunkan instrumen kewangan awam Islam dalam dasar fiskal.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Industri perbankan bekerjasama dengan pengawal selia, agensi untuk tingkatkan keselamatan pelanggan
Industri perbankan berusaha meningkatkan langkah keselamatan mengikut modus operandi penipuan terkini.
Kumpulan Maybank umum pelantikan barisan pengurusan tertinggi
Kumpulan Maybank mengumumkan beberapa pelantikan dalam barisan pengurusan tertingginya yang bertujuan memacu pertumbuhan dan membuka sepenuhnya potensi perbankan itu.
Industri perbankan perlu kekal berdaya saing - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pada era pasca normal, pengurusan institusi kewangan perlu berdepan cabaran yang sangat pantas.
CBP buka cawangan ke-31 di Miri, beberapa lagi di Sabah dan Terengganu pada suku pertama 2024
Pembukaan cawangan Sarawak adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat seiring dengan perancangan strategik CBP.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot sedikit kepada RM37.72 bilion daripada RM37.89 bilion pada pagi ini.
Bank Islam lancar Kad Debit-i Visa Be U
Kad Debit-i Visa Be U menyediakan transaksi yang cepat, selamat dan tanpa sentuhan di mana-mana pedagang Visa di seluruh dunia.
Industri kewangan, perbankan akan membincangkan transisi yang adil bagi ekonomi hijau
Tengku Zafrul akan menyampaikan ucaptama bagi acara itu, manakala Nik Nazmi akan menyampaikan ucapan khas menteri.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran kurangnya pemangkin
Pada 6 petang, mata wang tempatan jatuh kepada 4.4185/4225 berbanding dolar AS daripada kadar 4.4155/4210 pada penutup Rabu.