Projek pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) dijangka mampu menarik pelaburan lebih daripada RM290 bilion selain akan mewujudkan 1.38 juta peluang pekerjaan baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata MVV yang meliputi kawasan seluas 153,000 hektar di Negeri Sembilan dan melibatkan Seremban serta Port Dickson merupakan pembangunan terancang, lestari dan inklusif.
MVV yang dibahagikan kepada lima kluster itu adalah pembangunan terancang secara berfasa sehingga tahun 2045, dan merupakan sebahagian daripada Greater Kuala Lumpur di bawah Zon Potensi Pembangunan dalam Rancangan Fizikal Negara.
Ia termasuk kluster Pusat Daerah Perniagaan, Bandar Alam, Lembah Teknologi Pendidikan, Pelancongan dan Kesejahteraan serta Perbandaran Kehidupan Baru.
"MVV juga akan menyediakan rumah mampu milik membabitkan kawasan seluas kira-kira 405 hektar, selain turut menyediakan kawasan bagi kemudahan awam dan rekreasi dengan kawasan hijau melebihi 405 hektar.
"Ia juga akan mempunyai hab pengangkutan bersepadu yang berteraskan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di Labu, Negeri Sembilan, yang akan menghubungkan MVV dengan KLIA, Bandar Malaysia dan Singapura.
"Dalam pelan pelaksanaan awal di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), RM560 juta diluluskan bagi pembangunan sistem perhubungan jalan raya di kawasan MVV," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) membabitkan tiga syarikat untuk meneraju pembangunan MVV di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Sime Darby Property Berhad (Sime Darby) diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Jauhari Hamidi; Brunsfield Development Sdn Bhd (Brunsfield) oleh Pengarah Urusannya, Tan Sri Gan Thian Leong manakala Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad. Acara itu disaksikan oleh Najib, yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Najib berkata pembangunan MVV akan dilaksana menerusi usaha sama pintar pihak awam dan swasta dengan memberi tumpuan kepada empat pemacu pembangunan utama iaitu berteraskan pembuatan berteknologi tinggi, pelancongan dan kesihatan, pendidikan dan penyelidikan berasaskan kemahiran serta pengkhususan perkhidmatan.
Irwan Muhammad Zain
Thu May 04 2017
![Projek pembangunan Malaysia Vision Valley mampu tarik pelaburan RM290 bilion Projek pembangunan Malaysia Vision Valley mampu tarik pelaburan RM290 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81493900609_NajibTunRazak.jpg)
PM Najib pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) membabitkan tiga syarikat untuk meneraju pembangunan MVV di sini, hari ini. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PRK Rantau: Nak buat kolej, buatlah... jangan cakap saja - Tok Mat PRK Rantau: Nak buat kolej, buatlah... jangan cakap saja - Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71554099680_tokmat.jpg)
PRK Rantau: Nak buat kolej, buatlah... jangan cakap saja - Tok Mat
Jumlah penduduk di Rantau tidak begitu ramai menyebabkan penubuhan kolej bukan satu keperluan mendesak, kata Mohamad.
![Seremban dimasyhur sebagai bandar raya Januari 2019 Seremban dimasyhur sebagai bandar raya Januari 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524263233_TBMAJLISBANDARAYASM.jpg)
Seremban dimasyhur sebagai bandar raya Januari 2019
Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) digabungkan menjadi Majlis Bandaraya Seremban (MBS) yang akan dimasyhur tahun depan.
![N.Sembilan contoh pembangunan TN50 - Khairy N.Sembilan contoh pembangunan TN50 - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81492251405_KhairyJamaluddin.jpg)
N.Sembilan contoh pembangunan TN50 - Khairy
MVV yang merupakan pembangunan metropolis bertaraf antarabangsa, sudah pastinya mampu menyediakan prasarana dan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat di negeri ini khususnya.
![Pelancaran MVV peringkat antarabangsa sebelum akhir tahun - Mohamad Hasan Pelancaran MVV peringkat antarabangsa sebelum akhir tahun - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61441035067_MohamadHasan.jpg)
Pelancaran MVV peringkat antarabangsa sebelum akhir tahun - Mohamad Hasan
Pelancaran pembangunan metropolis bertaraf dunia, Malaysia Vision Valley (MVV) peringkat antarabangsa meliputi kawasan seluas 153,000 hektar di Negeri Sembilan, akan diadakan sebelum akhir tahun ini.
![Projek pembangunan Malaysia Vision Valley mampu tarik pelaburan RM290 bilion Projek pembangunan Malaysia Vision Valley mampu tarik pelaburan RM290 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81493900609_NajibTunRazak.jpg)
Projek pembangunan Malaysia Vision Valley mampu tarik pelaburan RM290 bilion
MVV meliputi kawasan seluas 153,000 hektar di Negeri Sembilan yang melibatkan Seremban serta Port Dickson merupakan pembangunan terancang, lestari dan inklusif.