Cadangan syarikat Projek Amal Malaysia Airlines Bhd (MAB), perkhidmatan sewa khas jemaah haji dan umrah, akan menggunakan dana dalaman daripada Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) untuk membiayai operasinya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Izham Ismail.
Beliau berkata operasi itu akan dibiayai sepenuhnya oleh MAG, syarikat induk MAB.
"Maklumat lanjut mengenai nama syarikat, logo dan pengurusan Projek Amal akan diumumkan pada suku keempat tahun ini atau selewat-lewatnya pada suku pertama 2019," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian antara MAB dan Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd bagi penerbangan sewa khas untuk jemaah haji dan umrah, di sini hari ini.
MAB berkata terdapat minat daripada pelabur baharu yang ingin melabur dalam Projek Amal yang dijenamakan semula dan sebelum ini dikenali sebagai Project Hope di bawah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Peter Bellew.
MAB dan Andalusia hari ini menandatangani perjanjian untuk tempoh tiga tahun, yang akan menyaksikan Malaysia Airlines menyediakan sehingga 200 penerbangan sewa khas untuk jemaah haji dan umrah yang berdaftar dengan Andalusia ke Madinah dan Jeddah bermula tahun ini.
Dilaporkan sebelum ini syarikat penerbangan nasional itu menyasarkan 10 peratus bahagian pasaran membawa jemaah dengan penerbangan sewa khas ke Arab Saudi berbanding tujuh peratus pada masa ini.
Izham berkata dengan penubuhan Projek Amal, syarikat penerbangan baharu dijangka meninjau lebih banyak peluang bagi komuniti Islam dari Indonesia, selain China.
"Pemeteraian itu antara MAB dan Andalusia. Bagaimanapun, sebaik sahaja penubuhan Projek Amal itu selesai, perjanjian tersebut akan diserahkan haknya daripada Malaysia Airlines kepada Projek Amal.
"Bagaimanapun, saya ingin menjelaskan Projek Amal akan dianggap sebagai anak syarikat MAB, sama seperti yang lain di bawah syarikat kami," katanya.
Sementara itu, Pengarah Andalusia Ida Riswana Idris berkata perjanjian untuk tempoh tiga tahun itu melibatkan 237 penerbangan bernilai RM315 juta.
"Perjanjian itu dijangka membolehkan 114,000 penumpang ke Madinah atau Jeddah bermula tahun ini hingga 2021. Setakat ini, seramai 29,000 daripada 62,000 jemaah kami telah menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines.
"Tahun lepas, sebanyak 1.74 juta jemaah asing tiba di lapangan terbang Jeddah dan Madinah. Daripada jumlah itu, lebih 570,000 dari Indonesia, Pakistan dan India," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 10 2018
![Projek Amal MAB guna dana dalaman Projek Amal MAB guna dana dalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523358687_izhamismail.jpg)
Operasi itu akan dibiayai sepenuhnya oleh MAG, syarikat induk MAB.
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
AWANI 7:45 [10/2/2025] – Lebih 15 bulan perang di Gaza| Demi masa depan Palestin| Insiden tembakan di pusat beli-belah| Apa nasib pekerja?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
![Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739188040_TBdadah.jpg)
Polis Pahang rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 275.47 kilogram bernilai lebih RM8 juta serta menahan dua lelaki disyaki mengedar bahan terlarang itu.
AWANI Ringkas: 9 kebakaran di Kupang dan Baling akibat khianat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
!['Kami tidak bersembunyi di sebalik tirai' - MAG 'Kami tidak bersembunyi di sebalik tirai' - MAG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725627849_tbmag.jpg)
'Kami tidak bersembunyi di sebalik tirai' - MAG
Keputusan sukar telah diambil dalam tempoh tiga hingga empat tahun yang lalu bagii menyusun semula organisasi secara menyeluruh.
![Malaysia Airlines umum penerbangan terus ke Paris mulai 2025 Malaysia Airlines umum penerbangan terus ke Paris mulai 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725593886_DatukCaptainIzham.jpg)
Malaysia Airlines umum penerbangan terus ke Paris mulai 2025
Laluan ini akan menggunakan pesawat A350-900, menjanjikan pengalaman penerbangan bertaraf dunia.
![MAG sedang tingkatkan jumlah jurutera, perbaiki pakej ganjaran MAG sedang tingkatkan jumlah jurutera, perbaiki pakej ganjaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725592899_KaptIzhamIsmailC.jpg)
MAG sedang tingkatkan jumlah jurutera, perbaiki pakej ganjaran
Kerjasama dengan rakan kongsi telah dilakukan untuk menambah tenaga kerja sambil memperbaiki pakej ganjaran.
![Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711089402_TBMASjpg.jpg)
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
![MAG sahkan fail injunksi terhadap AirAsia berhubung jualan tiket MAS MAG sahkan fail injunksi terhadap AirAsia berhubung jualan tiket MAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670217613_KAPTENIZHAMISMAIL.jpg)
MAG sahkan fail injunksi terhadap AirAsia berhubung jualan tiket MAS
Malaysian Aviation Group (MAG) mengesahkan injunksi telah difailkan untuk menghentikan AirAsia daripada menjual tiket Malaysia Airlines.
![Malaysia Airlines rai ulang tahun pertama usaha sama perniagaan dengan Japan Airlines Malaysia Airlines rai ulang tahun pertama usaha sama perniagaan dengan Japan Airlines](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626586675_KLIA.jpg)
Malaysia Airlines rai ulang tahun pertama usaha sama perniagaan dengan Japan Airlines
Kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan memeterai kerjasama untuk memberikan pilihan penerbangan tambahan dan rangkaian yang lebih besar kepada pelanggan.
![Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71594190293_MalaysiaAirlines.jpg)
Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
![Transformasi pendigitalan satu keperluan kepada perniagaan - Ahli panel Transformasi pendigitalan satu keperluan kepada perniagaan - Ahli panel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61593500728_DIGITALCONTENT.jpg)
Transformasi pendigitalan satu keperluan kepada perniagaan - Ahli panel
Transformasi pendigitalan bukan lagi satu kemewahan tetapi keperluan terutamanya bagi perniagaan yang menghadapi pelbagai cabaran.
![Malaysia Airlines tawar tambang tetap bagi kelas ekonomi Malaysia Airlines tawar tambang tetap bagi kelas ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71594190293_MalaysiaAirlines.jpg)
Malaysia Airlines tawar tambang tetap bagi kelas ekonomi
Tawaran itu memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk membuat tempahan perjalanan berdasarkan keperluan dan keutamaan perjalanan mereka serta kemampuan untuk membeli.
![Pemain Kedah terguris kenyataan presiden KFA Pemain Kedah terguris kenyataan presiden KFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71596058223_kedah.jpg)
Pemain Kedah terguris kenyataan presiden KFA
Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) merupakan penyelesaian terbaik buat tonggak Lang Merah selepas cuba memahami situasi dengan masalah berbangkit seperti penularan wabak COVID-19.