Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program transformasi ekonomi yang telah dirancang perlu diteruskan, dan sebarang bentuk kajian semula mengenainya akan memberi isyarat negatif kepada ekonomi negara.
"Sebarang bayangan atau isyarat bahawa proses ini akan kita perlahankan atau kita akan kaji semula, akan memberi isyarat yang begitu negatif kepada ekonomi kita," katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini.
Justeru, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah-langkah yang diambil kerajaan seperti konsolidasi fiskal, rasionalisasi subsidi, termasuk langkah memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) perlu dilakukan.
Katanya langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan kaedah berhemat dan tidak keterlaluan dari segi pelaksanaannya, atau dalam erti kata lain tidak membebankan rakyat.
"Kita mesti melakukan langkah-langkah ini supaya kedudukan kewangan negara semakin mantap dan semakin kukuh.
"Apabila fundamental seperti ini menampakkan kesungguhan dan iltizam politik kita, maka keyakinan dunia, termasuk agensi penarafan terhadap kita akan bertambah positif lagi," kata Najib.
"Saya yakin dan percaya dengan cara sebegini akan dapat menunjukkan kemampuan kita untuk bersaing dengan ekonomi yang lain kerana kita perlu kepada kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.
"Kalau tidak ada pertumbuhan ekonomi, masalah kita akan bertambah berat, kalau kita nak lakukan apa sahaja, termasuk konsolidasi fiskal tanpa pertumbuhan ekonomi yang baik dan merangsangkan, cabaran ini akan menjadi lebih rumit lagi.
"Sebab itu komitmen kita untuk mencapai dalam lingkungan lima peratus mungkin kurang sikit atau lebih sikit... Tahun lepas, kita dapat 4.7 peratus, tahun ini mudah-mudahan kita mungkin dapat lebih daripada itu," katanya. Perdana Menteri juga berkata negara tidak boleh bergantung dengan dasar yang begitu populis.
"Misalnya dunia tahu bahawa CBP baik untuk ekonomi sesebuah negara...kita semua yakin bahawa langkah kehadapan adalah melalui CBP yang boleh menentukan masa depan ekonomi negara kita dan kesejahteraan rakyat.
"Tapi masih ada pihak, kerana politik, yang mengambil platform populis menentang, walhal ini adalah untuk kebaikan rakyat.
"Kita akui tahun pertama mungkin ada kenaikan sikit, tapi itu sekali dan tidak terlalu berat, dan kita ada langkah-langkah tertentu untuk tidak terlalu membebankan rakyat, dan yang penting asas kewangan negara akan lebih kukuh dan mantap," jelas Najib.
Bernama
Tue Apr 15 2014
Najib di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Jurugambar sambilan didakwa cederakan pereka fesyen Razman, Razmi
Seorang jurugambar bebas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan pereka fesyen, Razman dan Razmi, Rabu lalu.
Simpanan Shariah: KWSP perkenal akses lebih pantas, pengaktifan bulanan
Penambahbaikan berkenaan juga membolehkan pendaftaran Simpanan Shariah dibuat secara serta-merta untuk ahli baharu.
Insiden kematian kucing: Pihak universiti jalankan operasi dalaman tangani anjing liar
ACP Ku Mashariman berkata, pihak universiti itu sentiasa memaklumkan kepada polis mengenai tindakan mereka untuk membasmi anjing liar.
PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.
Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok
Najib sebelum ini diminta supaya tidak berada dalam prosiding mahkamah ketika beliau menghadiri perbicaraan kes Rosmah.
1MDB tidak jalankan semakan sebelum sertai usaha sama bernilai US$6 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd (Aabar BVI) yang diterima oleh Lembaga Pengarah 1MDB sebagai subsidiari IPIC.
Belanjawan 2019 lebih telus, namun defisit fiskal tinggi - Moody's
Moody's Investors Service berpendapat bahawa Belanjawan 2019 adalah baik kerana menunjukkan ketelusan yang lebih ketara.
Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia
Selepas perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) ingin berhubung dengan pihak berkuasa yang kompetan di Malaysia dengan serta-merta
Suhakam gesa rakyat keluar mengundi, bukan diamkan diri
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyatakan bahawa merosakkan undi bukan penyelesaian yang wajar untuk pengundi yang sedang kecewa dengan sistem sedia ada.
PM Najib luangkan masa temui tiga mangsa culik
Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini meluangkan masa menemui tiga mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh kumpulan itu, Julai lepas.
Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.
Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemikiran perkomputeran dilihat sebagai penting dalam situasi masa depan yang memerlukan kemahiran digital.
Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.