KUALA LUMPUR:Usaha kerajaan untuk menjana peluang pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja melalui pakej Prihatin, PENJANA dan Kita Prihatin menyumbang kepada penurunan kadar pengangguran negara.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pada bulan September, kadar pengangguran terus menurun kepada kadar 4.6 peratus, berbanding 4.7 peratus pada bulan Ogos.
"Ini menunjukkan tren penurunan yang konsisten sejak dari 5.3 peratus pada bulan Mei, dan melambangkan pengukuhan daya tahan pasaran pekerjaan negara. Apa-apa pun, usaha masih perlu diteruskan kerana situasi kini amat tidak menentu," katanya pada Khamis.
Katanya lagi, Belanjawan 2021 berjumlah RM322.5 bilion melambangkan kesinambungan usaha kerajaan dengan tiga matlamat untuk Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.
"Pertama, bagi B40, antara inisiatif utama termasuk Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM6.5 bilion yang akan memanfaatkan 8.1 juta penerima kelak.
"Kerajaan juga meningkatkan gaji isi rumah minima kepada RM5,000 dan juga mengurangkan minima umur penerima bujang kepada 21 tahun bagi membantu lebih ramai rakyat," ujar beliau.
Tambahnya, golongan B40 turut dibantu dengan lanjutan moratorium pinjaman bank secara automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran bulanan sebanyak 50 peratus untuk enam bulan.
"Mereka hanya perlu memberitahu bank pilihan mana yang diinginkan. 8.1 juta rakyat akan menerima manfaat ini. Moratorium ini juga diberikan kepada peniaga mikro yang mempunyai hutang kurang RM150,000. Bantuan ini akan bermula bulan Disember 2020," kata Tengku Zafrul.
BACA: 179,000 kekosongan jawatan di sektor swasta pada suku ketiga 2020
Selain itu, di bawah program Penjana Kerjaya, Kerajaan akan membayar 40 peratus gaji bulanan, iaitu setinggi RM4,000 untuk menggalakkan majikan mengambil pekerja.
"Bagi pengambilan OKU atau mereka yang menganggur lama, kerajaan membayar 60 peratus
gaji, iaitu sehingga RM6,000. Bantuan ini akan diberikan selama enam bulan dan bernilai lebih RM2 bilion.
"Kesemua inisiatif ini perlu dilihat dengan menyeluruh. Secara ringkasnya, usaha kerajaan untuk golongan M40 adalah untuk meningkatkan pendapatan boleh guna, mengekalkan pekerjaan, serta membantu melonjakkan pendapatan sama ada melalui peningkatan kemahiran ataupun memudahcara bidang keusahawanan," ujar beliau.
IKUTI BELANJAWAN 2021. KLIK DI SINI
Astro Awani
Thu Nov 12 2020
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pada bulan September, kadar pengangguran terus menurun kepada kadar 4.6 peratus, berbanding 4.7 peratus pada bulan Ogos.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
2 maut motosikal terbabas, langgar pembahagi lebuh raya
Dalam nahas kira-kira jam 5.20 petang, penunggang motosikal itu yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun dan pembonceng wanita warga Singapura berumur 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
AWANI Ringkas: Duti anti lambakan terhadap import besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Korea Selatan gagal hadir kali kedua untuk disoal siasat CIO
Ini adalah kali kedua Presiden Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas turut mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.
Pantau Belanjawan: Inflasi kesihatan meningkat, apa penyelesaian?
Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng berkongsi pandangan beliau berkenaan inflasi kesihatan yang semakin meningkat terutama melibatkan caj di hospital swasta, sekali gus menyebabkan penyedia insurans dan takaful kesihatan/perubatan turut menaikkan harga premium.
Program Jualan Tengah Malam bakal diperluas ke Pantai Timur - Tourism Malaysia
Sebanyak tujuh program diadakan di seluruh negara dengan dua daripadanya di Kelantan dan Terengganu.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.