Impak pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi (PRE) dapat dilihat menerusi prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun ini, demikian menurut Ketua Ahli Ekonomi merangkap Ketua Penyelidikan AmBank Research Dr Anthony Dass.
Menurutnya, prestasi yang menyaksikan peningkatan sederhana pada suku berkenaan juga berlaku selepas mencatat pertumbuhan pada kadar lebih buruk pada suku sebelumnya.
"Kita menjangkakan pertumbuhan itu sekitar -1.1 peratus hingga -2.0 peratus sebagai asas tahun ini manakala paras penyusutan pula dalam lingkungan -5.0 peratus," katanya kepada Bernama.
Kerajaan telah mengumumkan PRE berjumlah RM295 bilion meliputi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang berjumlah RM260 bilion dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebanyak RM35 bilion bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dan pemulihan.
Menurut Dass, pelaksanaan pakej rangsangan yang bertujuan menangani kesan penularan pandemik COVID-19, juga telah menyaksikan pasaran serta syarikat mendapat manfaat dalam bentuk kredit pada kadar rendah.
Menyentuh aspek fiskal, beliau berkata walaupun angka itu mencecah enam peratus daripada KDNK, ia masih di bawah paras defisit 6.9 peratus ketika krisis kewangan global pada 2009.
"Oleh itu, ekonomi masih mempunyai ruang untuk mengembangkan defisit fiskal berkenaan sekiranya perlu," katanya.
Malah, Dass yang juga anggota Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi berkata kerajaan juga boleh bertindak menaikkan had siling hutang 55 peratus jika wujud keperluan untuk berbuat demikian.
"Peningkatan defisit fiskal itu pada prinsipnya tidak harus memberi impak terhadap kredit kita berikutan negara-negara lain termasuk Malaysia sendiri (sedang) menghadapi satu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.
Namun, tegasnya, apa yang penting adalah untuk memastikan disiplin fiskal itu berupaya menurunkan defisit apabila keadaan ekonomi kembali stabil.
Dari segi monetari, Dass berkata kemungkinan penurunan kadar faedah sebanyak 35-50 mata asas pada Julai daripada paras semasa 2.0 peratus, juga pada kadar 40 peratus berbanding 60-80 peratus sebelum ini.
"Menerusi pelaksanaan langkah pemulihan jangka pendek berserta beberapa statistik yang diumumkan pada Mei lepas seperti Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang menunjukkan tanda-tanda pemulihan walaupun masih menguncup.
"Malah, sebarang kelonggaran seterusnya membabitkan Perintah Kawalan Pergerakan (kini dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta pengukuhan ringgit dan mudah tunai mencukupi juga menunjukkan wujudnya ruang bagi penurunan kadar faedah itu pada bulan depan," katanya.
Mengenai langkah-langkah pemulihan jangka pendek, beliau berkata industri automotif dijangka mendapat manfaat daripada pengecualian cukai jualan 100 peratus bagi kereta unit terurai untuk dipasang (CKD) dan 50 peratus bagi kereta unit siap dipasang sepenuhnya (CBU) sehingga akhir tahun ini.
Begitu juga, sektor hartanah dijangka mendapat manfaat daripada pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah dengan pengecualian duti setem, kelonggaran 70 peratus had nisbah pinjaman kepada nilai aset dibeli bagi rumah ketiga dan pengecualian cukai keuntungan hartanah.
Dass berkata bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bantuan tambahan RM2 bilion menerusi skim Pembiayaan PKS PENJANA pada kadar pembiayaan rendah 3.5 peratus setahun, yang tersedia bermula pertengahan Jun 2020 dengan had sehingga RM500,000 bagi setiap PKS, memberi banyak kelegaan.
Beliau berkata PKS dalam sektor pelancongan seharusnya turut mendapat manfaat dan ia menyediakan kesan positif berganda kepada perniagaan berkaitan pelancongan, dan risiko pertumbuhan perlahan bagi perniagaan mikro dan usahawan Bumiputera dijangka dapat dikekang.
"Bahagian lain yang dijangka menyediakan rangsangan positif kepada ekonomi adalah ekonomi gig, bantuan bagi pelaburan yang berpindah ke Malaysia dan pendigitalan," katanya.
Beliau berkata ini adalah tambahan kepada pelbagai langkah untuk melindungi dan mewujudkan peluang pekerjaan seperti lanjutan program subsidi upah serta insentif, subsidi dan elaun seperti e-Baucar penjagaan anak, kredit e-Dompet, Internet percuma setiap hari dan pas perjalanan pengangkutan awam tanpa had yang dapat membantu menyokong keyakinan dan perbelanjaan pengguna.
"Dengan kelonggaran sekatan pergerakan global, perdagangan dunia dijangka bertambah baik. Sebagai sebuah negara dagangan, Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peningkatan perdagangan global," katanya.
Menurutnya, bahagian sumbangan positif dijangka datang daripada jualan semikonduktor global, minyak dan gas daripada harga minyak mentah yang lebih stabil serta minyak sawit susulan minat belian semula dari India.
Dass berkata kerajaan dan bank pusat seluruh dunia kini beralih kepada usaha pemulihan daripada usaha menyelamat kerana penurunan ekonomi global paling besar sejak zaman kemelesetan ekonomi besar, juga sedang menunjukkan petanda bahawa ia akan berakhir.
"Selepas melancarkan langkah yang bernilai bertrilion dolar bagi menghalang ekonomi dan pasaran mereka daripada runtuh, mereka kini mengukuhkan tindakan dan malahan berbelanja lebih banyak untuk menyokong pemulihan kerana sekatan pergerakan telahpun dilonggarkan...dan Malaysia turut tidak terkecuali," katanya.
Beliau berkata ekonomi negara kini berada di fasa pemulihan, fasa keempat daripada strategi 6R bagi memulihkan ekonomi.
"Kita telah beralih daripada proses penilaian kepada pemulihan dan menyedari lebih banyak sokongan fiskal akan diperlukan bagi isi rumah dan perniagaan kecil untuk mengelak krisis mudah tunai ini daripada menjadi krisis kemampuan bayar hutang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020
Pelaksanaan pakej rangsangan yang bertujuan menangani kesan penularan pandemik COVID-19, juga telah menyaksikan pasaran serta syarikat mendapat manfaat dalam bentuk kredit pada kadar rendah.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK Q3/2022 diunjur pada 12.2 peratus, disokong aktiviti pengeluaran sihat
AmBank Group mengekalkan unjuran KDNK tahun penuh pada 7.5 peratus dengan peningkatan 8.5 peratus.
PRE pacu KDNK tumbuh sederhana pada suku ketiga - Pakar ekonomi
Prestasi yang menyaksikan peningkatan sederhana pada suku berkenaan juga berlaku selepas mencatat pertumbuhan pada kadar lebih buruk pada suku sebelumnya.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.23 pagi ini, ringgit berada pada 4.2640/2720 berbanding dolar AS daripada 4.2740/2810 semasa ditutup semalam.
Ringgit dijangka lebih kukuh berbanding dolar AS
Ringgit dijangka bergerak di antara RM2.95 dan RM3.15 berbanding dolar Amerika pada 2013, menurut pakar ekonomi negara.