Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) mencatatkan kerugian bersih yang rendah sebanyak RM49.2 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2020 berbanding RM141.1 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Perolehan merosot 6.1 peratus kepada RM558.5 juta.
Dalam kenyataan pada Isnin, kumpulan itu berkata perolehan segmen pos daripada produk mel dan runcit adalah sebanyak RM190.3 juta, diikuti RM178.8 juta bagi kurier.
Jelasnya, semakan semula kadar pos, berkuatkuasa 1 Feb lepas yang sejajar dengan peningkatan kos operasi dan kadar antarabangsa, menyumbang secara positif kepada perolehan segmen pos.
Kumpulan itu mencatat peningkatan perolehan bulanan sebanyak RM11 juta bagi perniagaan mel pada Februari 2020, namun jumlah mel merosot pada Mac 2020 akibat pandemik COVID-19.
Menurutnya, perniagaan kurier turut menyaksikan kenaikan jumlah bungkusan sebanyak 6.7 peratus tahun ke tahun, disumbangkan oleh permintaan memberangsangkan daripada pasaran dalam talian dan e-dagang.
Katanya, segmen penerbangan menyumbang perolehan RM62.8 juta kepada kumpulan, terutamanya daripada perniagaan kargo dan pengendalian darat, manakala perolehan segmen logistik sebanyak RM75.5 juta disumbangkan khususnya oleh perniagaan pengendalian pengangkutan dan automotif.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Syed Md Najib Syed Md Noor berkata transformasi Pos Malaysia yang sedang dilaksanakan, terus menunjukkan kemajuan dengan segmen pos mencapai keuntungan kasar lebih baik apabila syarikat mula merealisasikan manfaat daripada penambahbaikan operasi, kecekapan kos dan inisiatif perniagaannya.
"e-dagang telah dan akan terus memacu segmen kurier. Penghantaran adalah elemen utama dalam perjalanan pelanggan e-dagang, dan kami yakin automasi pusat penyusunan bungkusan dan usaha pendigitalan kami dalam menggunakan sistem kesan dan jejak yang baharu akan memberikan kami kelebihan daya saing dan meningkatkan pengalaman pelanggan," katanya.
Mengenai masa depan, kumpulan itu berkata kesan kadar semakan semula pos akan mengurangkan impak kewangan akibat kekurangan jumlah mel dan meningkatkan perolehan Pos Malaysia bagi tahun kewangan 2020.
Ia turut menjangkakan kenaikan perolehan tahunan antara RM100 juta hingga RM150 juta dalam perniagaan mel berbanding tahun sebelumnya.
Pembukaan semula perniagaan terutamanya pengendali mel pukal dan peningkatan jumlah kemasukan individu ke cawangan Pos Malaysia dijangka menambah baik perniagaan mel dan runcit kumpulan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020
![Pos Malaysia catat kerugian bersih RM49.2 juta bagi suku pertama 2020 Pos Malaysia catat kerugian bersih RM49.2 juta bagi suku pertama 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61558459869_PosMalaysia.jpg)
Kesan kadar semakan semula pos dijangka mengurangkan impak kewangan akibat kekurangan jumlah mel dan meningkatkan perolehan Pos Malaysia bagi tahun kewangan 2020.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000 Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
![Pesara rugi RM4,000 diperdaya 'parcel scam' Pesara rugi RM4,000 diperdaya 'parcel scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641339370_FBScam.jpg)
Pesara rugi RM4,000 diperdaya 'parcel scam'
Wanita itu memberitahu ingin menghantar duit sebanyak AS$450,000 dalam bentuk bungkusan.
![Penghantar barang panik, cari pemilik bungkusan di kubur Penghantar barang panik, cari pemilik bungkusan di kubur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637900691_DiKubur.jpg)
Penghantar barang panik, cari pemilik bungkusan di kubur
Penghantar barang itu menunjukkan bungkusan yang perlu dihantar namun, keliru mencari alamat penerima.
![Kerani rugi RM40,000 terpedaya janji manis di Facebook Kerani rugi RM40,000 terpedaya janji manis di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620225312_scmageneric.jpg)
Kerani rugi RM40,000 terpedaya janji manis di Facebook
Seorang kerani yang ditipu sindiket Parcel Scam kerugian RM40,000 akibat percaya dengan janji manis kenalan di Facebook Sabtu lalu.
![Langgar SOP: Polis siasat penuntut universiti, pekerja syarikat kurier Langgar SOP: Polis siasat penuntut universiti, pekerja syarikat kurier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625159095_Pelajarmuniversiti.jpg)
Langgar SOP: Polis siasat penuntut universiti, pekerja syarikat kurier
Ia susulan laporan seorang individu di Balai Polis Seri Iskandar jam 6 petang Khamis mengenai insiden itu yang tular di media sosial.
![Wanita temui cermin mata dalam bungkusan kentang goreng Wanita temui cermin mata dalam bungkusan kentang goreng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617837407_potato.jpg)
Wanita temui cermin mata dalam bungkusan kentang goreng
Cermin mata tersebut dengan bingkai hitam itu jelas kelihatan menerusi bahagian tingkap bungkusan berkenaan.
![Amazon 'buat hal', hantar barang kecil dalam bungkusan besar Amazon 'buat hal', hantar barang kecil dalam bungkusan besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616591766_RobinPettitt.jpg)
Amazon 'buat hal', hantar barang kecil dalam bungkusan besar
Dia membeli lima bungkus kecil biji lobak merah, terkejut apabila bungkusan yang tiba jauh lebih besar.
![Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612665672_TBMogok.jpg)
Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia
Siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.
![Suri rumah rugi RM136,000 ditipu Macau Scam Suri rumah rugi RM136,000 ditipu Macau Scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602240738_MACAUSCAM.jpg)
Suri rumah rugi RM136,000 ditipu Macau Scam
Suri rumah berusia 70-an itu mula terjerat dalam sindiket itu selepas menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dari Pejabat Pos Laju di Kuala Lumpur.
![Pos Malaysia catat kerugian bersih RM49.2 juta bagi suku pertama 2020 Pos Malaysia catat kerugian bersih RM49.2 juta bagi suku pertama 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61558459869_PosMalaysia.jpg)
Pos Malaysia catat kerugian bersih RM49.2 juta bagi suku pertama 2020
Perolehan segmen pos daripada produk mel dan runcit adalah sebanyak RM190.3 juta, diikuti RM178.8 juta bagi kurier.