KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang bekerjasama erat dengan pihak Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan industri kewangan bagi mewujudkan Portal Fraud Kebangsaan yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun depan.
Timbalan Gabenor BNM Datuk Marzunisham Omar berkata portal tersebut bertujuan mengautomasikan dan meningkatkan keupayaan pengesanan jejak dana terbabit selain mengenal pasti kalangan individu atau kelompok keldai akaun.
"BNM sedang bekerjasama dengan industri kewangan serta PayNet bagi menambah baik Pusat Respons Scam Kebangsaan dengan pengautomasian proses mengesan dan menjejak pergerakan dana yang dicuri daripada mangsa scam (penipuan) kewangan.
"Kita berharap langkah ini dapat meningkatkan lagi usaha untuk menjejak dan membekukan dana serta melindungi mangsa daripada mengalami kerugian," katanya selepas program bengkel media dan perbincangan panel mengenai penipuan kewangan di Lanai Kijang BNM, pada Selasa.
Mengulas selanjutnya, Marzunisham juga menyifatkan bahawa perkembangan pesat teknologi tidak hanya memberi banyak manfaat kepada industri kewangan serta pengguna, tetapi turut meningkatkan penipuan yang dijana atau berteraskan kecerdasan buatan (AI).
"Ini adalah sesuatu yang perlu kita bendung dan lindungi. Kita juga tidak mahu memandang remeh kemampuan penipu ini yang menggunakan pelbagai kaedah untuk memperdayakan orang ramai," katanya.
Sementara itu pada sesi perbincangan panel, Pakar Risiko Teknologi BNM Ng Lee See berkongsi mengenai bahaya penyalahgunaan teknologi AI di serata dunia bagi tujuan memanipulasi atau menjana kandungan visual dan audio palsu beberapa orang terkenal dengan cara yang sebegitu meyakinkan.
Malah, katanya, dalam keadaan tertentu, teknologi itu menyebabkan mangsa mempercayai ketulenan skim pelaburan yang ditawarkan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk sentiasa peka mengenai taktik jahat penipu serta bertindak menyemak lesen skim pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Pada masa sama, orang ramai juga boleh merujuk laman sesawang rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk melihat senarai syarikat atau individu yang mempunyai lesen menjalankan perancangan kewangan atau perkhidmatan pelaburan serta laman sesawang BNM bagi meneliti senarai individu atau entiti yang dikawal selia oleh bank pusat tersebut.
Bagi membendung jenayah digital berteraskan AI, Ng berkata institusi kewangan perlu sentiasa peka dengan perkembangan membabitkan undang-undang pelaburan serta operasi keselamatan siber.
"Industri perbankan harus menyokong usaha-usaha kerajaan bagi mengukuhkan lagi keselamatan infrastruktur telekomunikasi," katanya.
Beliau berkata industri perbankan juga telah menjalankan usaha yang baik dari segi pengesanan penipuan menggunakan Kit Pakej Android (APK) yang menyumbang dari segi penurunan kes terbabit.
"Bagaimanapun, kalangan penipu ini sentiasa bertindak menukar taktik dan jenayah itu juga menjadi semakin sofistikated dan rumit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Marzunisham berkata portal tersebut bertujuan mengautomasikan dan meningkatkan keupayaan pengesanan jejak dana terbabit selain mengenal pasti kalangan individu atau kelompok keldai akaun. - Foto fail/FB BNM

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.

Dua wanita jadi keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM1 juta
Polis menahan dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan, sehingga menyebakan mangsa kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian baru-baru ini.

Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.

Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.

Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.

Polis tahan dua lelaki disyaki keldai akaun, libat kerugian RM54,000
Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.

Lima keldai akaun termasuk tiga wanita ditahan
Polis menahan tiga wanita dan dua lelaki kerana disyaki menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM180,962 dalam kejadian berasingan semalam.

Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM300,000
Tiga lelaki dan tiga wanita ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Barat Daya di sekitar Pulau Pinang.

Tipu pelaburan Bitcoin: Lelaki disyaki keldai akaun ditahan sebabkan kerugian RM129,970
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat sebagai keldai akaun dalam sindiket penipuan pelaburan Bitcoin secara dalam talian ditahan polis semalam.

Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian.

Empat keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM160,000
Seorang warga emas antara empat individu ditahan dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan hingga menyebabkan kerugian RM161,856.76 dalam kejadian berasingan, baru-baru ini.