KUALA LUMPUR: PNB berjaya meningkatkan Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak 3.4 peratus daripada RM312.0 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 kepada RM322.6 bilion pada 2020.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, Unit Dalam Edaran (UIC) untuk semua 15 dana juga meningkat sebanyak 4.0 peratus untuk mencapai 264.0 bilion unit, setelah menerima lebih daripada 200,000 pemegang akaun baharu sepanjang tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan akaun sebanyak 14.5 juta.
Jelasnya, PNB juga terus memberikan pulangan yang kompetitif menerusi pengagihan pendapatan dan bonus berjumlah RM11.1 bilion kepada pemegang unitnya pada TK2020.
Jumlah itu menjadikan pengagihan pendapatan terkumpul PNB sejak awal penubuhan sebanyak RM211.3 bilion, yang mencerminkan kenaikan 5.5 peratus daripada RM200.2 bilion pada tahun sebelumnya.
"Dalam keadaan sangat luar biasa yang kita alami pada tahun 2020, PNB berjaya memberikan prestasi kewangan membanggakan.
"Pertama, aset di bawah pengurusan meningkat kepada 322.6 bilion, dana unit amanah kedua meningkat hingga mencapai 14.5 juta akaun dengan penambahan 200,000 unit pelabur baru yang di semua 15 dana meningkat kepada 4 peratus menjadi 264 bilion unit.
"Dan PNB mengagihkan sepanjang tahun sejumlah RM11.1 bilion kepada pemegang unit kami pada tahun 2020.
Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya pengumuman Laporan Tahunan dan Prestasi 2020.
BACA: PNB umum pengagihan pendapatan RM1.55 bilion untuk lima dana
BACA: PNB: Lebih 200,000 akaun baharu sepanjang 2020
Dalam pada itu katanya, Dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB 2 untuk pemegang
akaun Bumiputera, dan Amanah Saham Malaysia (ASM) yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia, terus mengatasi penanda aras masing-masing iaitu kadar Deposit Tetap 12-bulan Maybank.
Malah, ASB dan ASM telah memberikan pulangan positif secara konsisten walaupun FBM KLCI merekodkan prestasi negatif sepanjang lima daripada tujuh tahun yang lalu.
Sementara itu ujarnya, Dana harga berubah (VP) PNB juga turut mengekalkan kemampuannya dalam memberikan pulangan yang kompetitif seperti yang dibuktikan menerusi pengumuman jumlah pulangan sebanyak dua digit baru-baru ini untuk tiga dana harga berubahnya iaitu ASN Equity 3 (18.7%), ASN Imbang 2 (17.0%) dan ASN Sara 1 (10.8%) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021.
Astro Awani
Thu Apr 08 2021
![PNB tingkat AUM kepada RM322.6 bilion pada 2020 - Zeti PNB tingkat AUM kepada RM322.6 bilion pada 2020 - Zeti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/51545394381_TBZETIjpg.jpg)
Dr Zeti berkata, UIC untuk semua 15 dana juga meningkat sebanyak 4.0 peratus untuk mencapai 264.0 bilion unit. - Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590762273_TBGCEOCIMBx.jpg)
Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB
Abdul Rahman telah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari 2016 hingga 2019, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.
![PNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen PNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711603712_TBMASHUP.jpg)
PNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen
ASNB umum pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB 2 dan 4.75 sen seunit untuk ASM bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
![PNB sumbang tiga jentera menuai bernilai RM414,000 kepada Zakat Kedah PNB sumbang tiga jentera menuai bernilai RM414,000 kepada Zakat Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707907804_TBPNBZAKAT.jpg)
PNB sumbang tiga jentera menuai bernilai RM414,000 kepada Zakat Kedah
Menurut PNB, usaha tersebut bertujuan membantu petani berkenaan mengurangkan kos menuai dan seterusnya meningkatkan keuntungan mereka.
![KWSP umum pelantikan Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu KWSP umum pelantikan Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706259022_TBAhmadZulqarnai.jpg)
KWSP umum pelantikan Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu
Ahmad Zulqarnain akan menggantikan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
![PNB umum peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain PNB umum peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706259022_TBAhmadZulqarnai.jpg)
PNB umum peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, PNB memaklumkan peletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada 16 Februari depan.
![Agong rasmi Menara Merdeka 118 Agong rasmi Menara Merdeka 118](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704920544_MenaraMerdeka.jpg)
Agong rasmi Menara Merdeka 118
Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai.
![Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704921460_StadiumMerdeka.jpg)
Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka
Kementerian Komunikasi mempunyai kapasiti untuk menyediakan bahan arkib berkaitan Stadium Merdeka, yang mula dibina pada 1956.
![Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos 2023 - Steven Sim Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos 2023 - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680505615_StevenSim.jpg)
Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos 2023 - Steven Sim
Jumlah dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos, 2023.
![PNB, KWSP, KWAP meterai urus niaga pajakan balik dengan ams Osram bernilai RM2 bilion PNB, KWSP, KWAP meterai urus niaga pajakan balik dengan ams Osram bernilai RM2 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698661258_PNB.jpg)
PNB, KWSP, KWAP meterai urus niaga pajakan balik dengan ams Osram bernilai RM2 bilion
PNB, KWSP dan KWAP telah memeterai perjanjian transaksi jualan dan pajakan balik bernilai RM2 bilion dengan Osram Opto Semiconductors Sdn Bhd bagi kemudahan pembuatannya di Kulim Hi-tech Park, Kedah.
![MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696745853_MSAM.jpg)
MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung
PNB mengakhiri karnival celik kewangan tahunan terbesarnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Bertam dengan kejayaan yang memberangsangkan.