Permodalan Nasional Bhd (PNB) melantik Tan Sri Zarinah Anwar, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Datuk Dr Mohd Yaakub Johari dan Soedirman Aini sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang baharu.
Pelantikan itu adalah bagi menggantikan ahli lembaga pengarah Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohammed Bujang Mohammed Nor, Tan Sri Datuk Asmat Kamaluddin dan Tan Sri Seri Ainum Mohamed Saaid, yang telah bersara pada 31 Disember 2016.
Dalam satu kenyataan akhbar, PNB juga turut mengumumkan pelantikan Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Datuk Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani dan Datuk Dr Nik Ramlah Mahmood sebagai Ahli Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang baharu.
Mereka menggantikan ahli lembaga pengarah sebelum ini iaitu Tan Sri Md. Desa Pachi, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Tan Sri Ainum Mohamed Saaid, yang turut bersara pada Dis 31, 2016.
Pelantikan baharu ini berkuat kuasa sebaik sahaja selesai pemprosesan segala dokumen berkanun yang berkenaan.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata beliau mengalu-alukan pelantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah baharu.
"Pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, kewangan dan pelaburan akan memberi sumbangan besar ke arah kejayaan berterusan PNB, yang asasnya telah pun diperkukuhkan oleh Ahli Lembaga Pengarah PNB dan ASNB yang terdahulu."
Abdul Wahid yakin kehadiran mereka akan merangsang PNB dalam mencapai wawasannya untuk menjadi sebuah Syarikat Pelaburan Distinktif Bertaraf Dunia.
"Bagi pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan PNB serta ASNB, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah yang terdahulu iaitu Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang, Tan Sri Datuk Asmat, Tan Sri Seri Ainum, Tan Sri Md. Desa dan Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid, atas dedikasi dan sumbangan mereka terhadap pertumbuhan Kumpulan PNB yang membanggakan sehingga kini."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2017

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan ahli lembaga pengarah yang telah bersara pada 31 Disember 2016. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

SPRM tahan ahli lembaga pengarah disyaki kemuka butir matan palsu RM500,000
SPRM Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu.

Meta lantik anak kelahiran Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah
Hock Tan lahir di Pulau Pinang, dan telah bertugas di sejumlah syarikat sebelum ini, termasuk General Motors, dan PepsiCo. Beliau kini bertugas sebagai CEO syarikat Broadcom Inc.

Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu bahawa kerajaan negeri telah mengambil tindakan terhadap pemaju bermasalah.

Separuh firma Jepun timbang lantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah - Tinjauan
Pemegang saham di Jepun kini menggesa syarikat supaya membetulkan ketakseimbangan jantina dalam barisan lembaga pengarah masing-masing.

Barisan Ahli Lembaga Pengarah Juventus letak jawatan serta-merta
Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli, dan keseluruhan ahli lembaga pengarah kelab meletakkan jawatan secara mengejut, awal pagi tadi.

Lembaga pengarah perlu kekal bebas, elak terlalu bergantung pada pengurusan - SC
Ahli lembaga pengarah bukan 'perhiasaan' dan jawatan berkenaan tidak harus dilihat sebagai satu keistimewaan atau kesempatan mendapatkan manfaat.

Wanita diseru fokus agenda perkasa wanita dalam pembangunan negara - Noraini
Noraini berkata wanita hari ini semakin berdikari, kuat, berani dan bukan lagi lemah serta hanya mengikut arahan.

Pengarah Eksekutif Perak Corp Bhd lepaskan jawatan
Peletakan jawatan Zainal Iskandar berlaku selepas beberapa peletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah lain bulan lepas.

Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu
Pembukaan semula sempadan antarabangsa membolehkan Teleport menjalankan operasi sepenuhnya.

Malaysia mempunyai lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia
Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus.