AmBank Group percaya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia masih kurang mendapat perhatian dari segi pembiayaan walaupun menjadi komponen penting kepada ekonomi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata PKS membentuk 98 peratus daripada entiti perniagaan di Malaysia dan menggajikan 65 peratus daripada tenaga kerja negara.
"Ia benar-benar satu teka-teki dan saya masih fikir bahawa kumpulan ini kurang mendapat perhatian.
"Jika kita mahu mewujudkan Malaysia yang berjaya, kita perlu mewujudkan PKS yang berjaya," katanya pada AmBank BizRace Gala Dinner 2019 di sini pada Jumaat.
Sulaiman berkata kumpulan itu menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada PKS melalui 26 pusat perbankan perusahaan, 30 pusat perbankan komersial, 15 pusat syarikat besar dan dua pusat syarikat besar, serta melalui cabang perbankan pelaburannya, AmInvestment Bank Bhd.
Beliau berkata ini selain produk PKS mudah yang ditawarkan oleh cawangan bank.
Pada tahun lepas sahaja, AmBank Group menyediakan pembiayaan bernilai hampir RM5.4 bilion kepada 2,200 PKS, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2019

PKS membentuk 98 peratus daripada entiti perniagaan di Malaysia dan menggajikan 65 peratus daripada tenaga kerja negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

AMMB akan terus tumpu kepada segmen PKS, runcit pada 2024
Kumpulan perbankan tersebut juga mahu menumpukan kepada pengumpulan deposit.

Kerajaan tumpu pada disiplin fiskal untuk Belanjawan 2023 yang disemak semula
Belanjawan 2023 dijangka kekal condong ke arah pengembangan selepas menyaksikan ekonomi global memasuki tempoh yang agak lembap.

Ambank Group lantik Md Nor Yusof sebagai pengerusi
AmBank Group telah mengumumkan pelantikan Tan Sri Md Nor Yusof sebagai pengerusi baharunya.

Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group
AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.23 pagi ini, ringgit berada pada 4.2640/2720 berbanding dolar AS daripada 4.2740/2810 semasa ditutup semalam.

Pengukuhan DFI satu perkembangan positif - Bank
BPMB berkata cadangan itu akan wujudkan lebih banyak sinergi yang menguntungkan semua pihak berkepentingan selain memenuhi keperluan ekonomi baharu.

AmBank Group Belanja RM600 juta naik taraf perkhidmatan
AmBank Group akan membelanjakan kira-kira RM600 juta untuk menyusun semula hala tuju jenamanya.