AmBank Group akan membelanjakan kira-kira RM600 juta untuk menyusun semula hala tuju jenamanya termasuk menjenamakan semula cawangan dan perkhidmatannya.
Bank itu, yang memulakan penjenamaan semula pada 1 April tahun ini, akan juga membelanjakan sejumlah RM10 juta daripada peruntukannya untuk memperkenal penyusunan semula itu kepada orang ramai.
Pengerusinya, Tan Sri Azman Hashim, berkata sebagai satu daripada kumpulan perbankan terbesar di Malaysia, AmBank sedar bahawa pasaran perkhidmatan kewangan negara ini berevolusi dengan pesat, dan pelanggan-pelanggan kini jauh lebih canggih.
"Segala yang kami lakukan sekarang membawa kami selangkah lebih hampir untuk mencapai visi kumpulan untuk menjadi kumpulan penyelesaian kewangan pilihan, pelbagai dan yang terhubung di peringkat antarabangsa.
"Kami berbangga dapat membangunkan masa depan rakyat Malaysia bersama kami," katanya pada satu sidang akhbar selepas pelancaran Penyusunan Semula Kedudukan Jenama AmBank di sini Khamis.
Azman berkata AmBank berkedudukan unik yang membuatkannya menonjol dalam dunia yang sentiasa sibuk dan berubah-ubah.
Menurut Azman, bank itu berbangga menjadi kumpulan penyelesaian kewangan moden Malaysia.
Beliau juga berkata jenama sekarang adalah kontemporari dan relevan, yang mencerminkan budaya Malaysia hari ini.
Kempen penjenamaan semua itu akan menghasilkan visi baharu dengan konsep serta wajah dan semangat yang kreatif yang akan menyampaikan penawaran universal melalui semua saluran media, kata beliau.
"Warna logo dan ikon kami mempunyai nilai yang kukuh dan positif, dan boleh dikenali dengan serta merta," kata Azman sambil menambah bahawa penyusunan semula kedudukan ini akan membantu bank itu memperlihatkan evolusinya dan meningkatkan persepsi pelanggan terhadap Kumpulan AmBank.
AmBank juga memperkenalkan tagline baharu bagi bank itu iaitu "Your bank. Malaysia's Bank. AmBank (Bank Anda. Bank Malaysia. Ambank)".
Bernama
Fri Sep 20 2013

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

AMMB akan terus tumpu kepada segmen PKS, runcit pada 2024
Kumpulan perbankan tersebut juga mahu menumpukan kepada pengumpulan deposit.

Kerajaan tumpu pada disiplin fiskal untuk Belanjawan 2023 yang disemak semula
Belanjawan 2023 dijangka kekal condong ke arah pengembangan selepas menyaksikan ekonomi global memasuki tempoh yang agak lembap.

Ambank Group lantik Md Nor Yusof sebagai pengerusi
AmBank Group telah mengumumkan pelantikan Tan Sri Md Nor Yusof sebagai pengerusi baharunya.

Azman Hashim bersara sebagai pengerusi berkuat kuasa 31 Mac - AmBank Group
AmBank Group mengumumkan bahawa Tan Sri Azman Hashim akan bersara sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya berkuat kuasa 31 Mac, 2022.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.23 pagi ini, ringgit berada pada 4.2640/2720 berbanding dolar AS daripada 4.2740/2810 semasa ditutup semalam.

Pengukuhan DFI satu perkembangan positif - Bank
BPMB berkata cadangan itu akan wujudkan lebih banyak sinergi yang menguntungkan semua pihak berkepentingan selain memenuhi keperluan ekonomi baharu.

AmBank Group Belanja RM600 juta naik taraf perkhidmatan
AmBank Group akan membelanjakan kira-kira RM600 juta untuk menyusun semula hala tuju jenamanya.