KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan telah membenarkan anak syarikat Parkson Retail Asia Ltd, Parkson Corporation Sdn Bhd, untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh PKNS Andaman Development Sdn Bhd terhadapnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat tersebut berkata rayuan yang dilakukan oleh PKNS Andaman Development terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Malaya pada 29 Januari 2021 boleh dibatalkan dengan kos RM10,000.
Ini bermakna saman yang dikemukakan oleh PKNS Andaman terhadap Parkson Corporation berhubung dakwaan kegagalan syarikat tersebut membayar sewa ruang runcit di EVO Shopping Mall di Bangi pada Disember 2019, akan terus dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
“Lembaga Pengarah ingin memberi makluman terkini bahawa pada 21 Mac 2023, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan PKNS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Malaya pada 29 Januari 2021 yang membenarkan permohonan Parkson Corporation membatalkan saman itu, dengan kos RM10,000 (kira-kira S$2,985) dan telah memerintahkan supaya perkara itu diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Malaya," kata pengerusi eksekutif Parkson Retail Asia, Tan Sri William Cheng Heng Jem dalam kenyataan tersebut.
Parkson Retail Asia disenaraikan di Singapore Exchange merupakan pengendali kedai berjenama Parkson di Malaysia dan Vietnam manakala Parkson Holdings Bhd tersenarai di Bursa Malaysia sebagai pemegang saham terbesarnya dengan lebih kurang 68% pegangan saham.
PKNS Andaman dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Andaman Group, sebuah syarikat pembangunan hartanah.
Pada 29 Disember 2019, Parkson Retail Asia mengumumkan di Singapore Exchange dan turut diterbitkan oleh Parkson di Bursa Malaysia bahawa PKNS Andaman, dalam pernyataan tuntutannya bertarikh 13 September dan disampaikan pada 23 Disember tahun yang sama, menuduh Parkson Corporation gagal membayar sewa sebagai diperuntukkan dalam perjanjian penyewaan bertarikh 2 Oktober 2017.
Parkson Corporation berkata PKNS Andaman menuntut daripadanya RM3.66 juta dalam sewa bulanan terakru untuk tempoh dari 2 April 2018 hingga 2 Disember 2019 serta RM182,958 sebulan sehingga ruang runcit itu dipulangkan.
Sebagai alternatif, Parkson Corporation juga boleh membayar PKNS Andaman RM3.84 juta, mewakili sewa terakru dari 27 Februari 2017 hingga 27 November 2019, termasuk RM182,958 sebulan sehingga ruang runcit dipulangkan.
Selain itu, PKNS Andaman menuntut RM1.86 juta sebagai pampasan bagi sumbangannya kepada kos pengubahsuaian gedung serbaneka itu serta mahu ruang runcit itu kembali kepada keadaan asal dalam tempoh 14 hari dari penghakiman dan Parkson Corporation perlu membayar kos mahkamah dan perundangannya.
Bagaimanapun, Parkson Corporation telah menolak dakwaan tersebut dengan mengatakan tiada sewa perlu dibayar kerana PKNS Andaman "gagal memenuhi syarat-syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam perjanjian penyewaan untuk permulaan sewa dicetuskan".
Parkson Corporation juga berpandangan bahawa tindakan PKNS Andaman memundurkan tarikh permulaan penyewaan dalam notis permulaan “tanpa memenuhi syarat duluan”, adalah menyalahi undang-undang. -DagangNews.com
Dagang News
Thu Mar 23 2023
Pada 21 Mac 2023, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan PKNS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Malaya pada 29 Jan 2021 yang membenarkan permohonan Parkson Corporation membatalkan saman dengan kos RM10,000. - Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
PKNS bentang pelan pembangunan SA Sentral hari ini
Ia akan merangkumi pembinaan pusat konvensyen bertaraf antarabangsa, hotel, pusat beli-belah, pangsapuri servis dan pusat perniagaan peruncitan Aneka Walk.
Kerajaan Selangor pandang serius sikap ambil mudah usahawan tentang pensijilan halal
Kerajaan Selangor memandang serius sikap tidak cakna atau mengambil mudah terhadap keperluan pensijilan halal dalam kalangan usahawan di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Projek SA Sentral dilancar, GDV RM3 bilion
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lancar SA Sentral, sebuah projek pembangunan bandar berimpak tinggi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM3 bilion.
PKNS rancang bangunkan projek hartanah dengan GDV sehingga RM1 bilion
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mahmud Abbas berkata, PKNS menyasar untuk didorong secara komersial pada masa hadapan.
Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin
Baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal.
Kompleks PKNS bakal berwajah baharu tahun depan
Prasarana kompleks PKNS yang terletak di Seksyen 14 yang menjadi pusat beli belah tumpuan ramai setiap kali menjelang Syawal akan melalui proses penambahbaikan pada tahun hadapan.
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
Rosyam Nor dilantik Duta Keusahawanan PKNS, kukuhkan peranan, perkasa industri keusahawanan Selangor
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lantik pelakon terkenal dan usahawan berjaya Datuk Rosyam Nor sebagai Duta Keusahawanan PKNS, berkuat kuasa 1 Dis 2023.
MRCB mulakan urus niaga hartanah RM527.93 juta dengan PKNS
Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dan melupuskan hartanah bernilai RM527.93 juta.
Selangor berusaha kukuhkan kehadiran di peringkat global menerusi perniagaan, pendidikan
Kerajaan negeri Selangor sedang giat mengenal pasti peluang bagi meningkatkan kehadirannya di persada antarabangsa dalam bidang perniagaan dan pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.