KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memandang serius isu monopoli dan persaingan terutama melibatkan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan meliputi rentas sektor ekonomi di negara ini yang memberi kesan negatif kepada pengguna terutama golongan rentan.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, isu kenaikan harga dan pilihan terhad hasil daripada aktiviti penggabungan dan pengambilalihan yang tidak dikawal selia dengan teliti adalah antara isyarat jelas yang perlu diberi perhatian segera oleh semua pihak.
Jelas beliau, perkara itu penting bagi menjamin keadilan sosial pengguna dalam jangka masa panjang agar tidak terkesan dengan aktiviti monopoli penggabungan dan pengambilalihan yang tidak terkawal.
Alexander juga menjelaskan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan yang tidak terkawal juga boleh menggugat pesaingan dalam pasaran malah mampu mengurangkan pesaingan secara substantial dalam pasaran.
Tegas beliau, hal ini turut mampu memberi kesan unilateral dan kesan koordinasi dalam pasaran yang akhirnya memberi kelebihan kepada perusahaan untuk mempengaruhi harga dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran.
"Oleh yang demikian hal ini perlu diambil serius oleh semua pihak bagi memastikan aspirasi persaingan dalam pasaran dapat dipelihara dengan baik.
"Justeru MyCC sedang giat menjalankan aktiviti meminda Akta Persaingan 2010 iaitu Akta 712 bagi memperkenalkan regim kawalan pengabungan dan pengambilalihan dan menambah baik beberapa perundangan berkaitan dengan memastikan penguatkuasaan akta persaingan 2010 yang lebih inklusif dan menyeluruh," katanya kepada Astro AWANI.
Alexander juga menjelaskan, proses pindaan akta ini adalah jelas untuk memperkasakan Akta Persaingan 2010 dan ia selaras dengan fokus kerajaan yang mahu memerangi sabotaj ekonomi, monopoli dan kenaikan harga barangan secara keterlaluan dalam masa pandemik yang jelas memberi kesan negatif kepada pengguna.
"Pindaan akta ini jelas mampu memberi kesan kepada MyCC terutama untuk menjalankan mandat dengan lebih inklusif dan menyeluruh menepati aspirasi kerajaan yang mahu menyediakan pasaran yang kompetitif yang mampu memberi manfaat kepada pengguna dan perniagaan dalam jangka masa panjang," katanya lagi.
Ketika ini MyCC sudah memulakan proses meminda Akta Persaingan 2010 untuk memperkenalkan kuasa kepada agensi tersebut bagi mengawal penggabungan dan pengambilalihan syarikat yang akan membentuk entiti monopoli dalam negara.
Alexander menjelaskan pihaknya merancang untuk membentangkan pindaan akta tersebut pada hujung tahun ini.
Irwan Muhammad Zain
Thu Apr 01 2021

Alexander menjelaskan aktiviti penggabungan dan pengambilalihan yang tidak terkawal boleh menggugat pesaingan dalam pasaran malah mampu mengurangkan pesaingan secara substantial dalam pasaran. - Gambar fail
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.

Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.

Amaran buat kartel harga diesel, anda sedang diperhatikan! - MyCC
MyCC beri amaran kepada semua pemilik perniagaan jangan sesekali membuat pencatutan harga yang tidak munasabah sehingga membebankan rakyat.

Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel
MyCC menyatakan komitmen untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.

Kartel beras: Kerajaan tidak akan lindungi sesiapa - Mohamad
Pemantauan sentiasa dilakukan pihak berwajib untuk mengekang kewujudan kartel beras putih tempatan.

Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.
![[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir [KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687926483_Bekalangula.jpg)
[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir
Penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia adalah langkah yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan menjamin bekalan gula yang mencukupi pada harga yang berpatutan.

MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mencadangkan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM Bhd, anak syarikat 80 peratus PPB Group Bhd berikutan penemuan mengenai da

8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara
Lapan syarikat berkenaan didapati bersekongkol untuk mendapatkan projek tersebut, sekali gus melanggar Akta Persaingan 2010.

Penggabungan syarikat telekomunikasi di luar bidang kuasa MyCC
Segala aktiviti perkhidmatan telekomunikasi di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).